Lebih 100 Juta Untuk Sabah - Jainab

Tawau - Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan hal ehwal Sabah, datuk jainab Ahmad Ayid, sebanyak RM101.48 juta bantuan telah diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 61,709 penerima seluruh negeri Sabah dari Januari hingga September tahun ini.

Menurutnya, bagi empat daerah di Pantai Timur iaitu Tawau, Lahad datu, Semporna dan Kunak sebanyak 11,692 penerima telah menerima bantuan dengan jumlah RM4.87 juta. "Penerima bantuan ini terdiri daripada warga tua, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak, pesakit kronik, bantuan am, bantuan anak yatim, dan bantuan anak pelihara elaun pekerja cacat," katanya.

Pemberian bantuan berkenaan menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memberi kelegaan kepada golongan yang memerlukan. JKM sentiasa melaksanakan tanggungjawab membantu mereka yang memerlukan dan dalam Bajet 2015 pun kerajaan tidak pernah lupa kepada golongan-golongan yang memerlukan bantuan.

Jainab juga menjelaskan bahawa ketua keluarga yang mempunyai anak-anak dewasa yang mampu membantu dari segi kewangan merupakan salah satu faktor daripada 13 faktor yang menjadi penyebab kepada pembatalan pemberian bantuan oleh JKM. 

Pemberian bantuan ini bersifat sementara dan hanya untuk memberi kelegaan kepada penerima yang memenuhi syarat. Unit Pembangunan Masyarakat (UPPM) di sesebuah kawasan juga digesa untuk bekerjasama dengan JKM untuk melakukan tapisan sebelum memberi sokongan permohonan.

JKM akan melakukan penyiasatan sebelum membuat kelulusan pemberian bantuan dan sebarang penipuan aan diambil tindakan. Bagi kes penipuan untuk mendapatkan bantuan ini, JKM boleh mengakses kepada agensi-agensi tertentu unutk mendapatkan maklumat.

Jainab juga menjelaskan tentang isu berhubung kes kenaikan harga barang ekoran pengurangan subsidi bahan api baru-baru ini, Jainab berkata setakat ini terdapat lebih 400 kes yang sedang disiasat berhubung isu berkenaan. Beliau juga menerangkan bahawa pemantauan ke atas kes ini akan terus dilakukan dan berharap agar orang ramai dapat memberikan maklumat dan bukti yang jelas dan nyata barkaitan penipuan harga barang.

Post a Comment