Lapor Jika Dikenakan Caj Berlebihan

Friday, October 17, 2014
KOTA KINABALU : Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad menggesa orang ramai untuk tampil membuat laporan sekiranya dikenakan caj berlebihan oleh peniaga dan bukannya menggunakan bil itu untuk menyalahkan kerajaan kerana mengurangkan subsidi minyak.



"Terdapat undang-undang untuk melindungi pengguna dan tindakan boleh diambil terhadap pekedai yang menaikkan harga sesuka hati, katanya." Beliau kesal kerana terdapat pengguna yang memuat naik bil caj berlebihan melalui media sosial tanpa membuat laporan kepada pihak seharusnya dan bahkan ada yang menggunakan bil caj tersebut untuk menghasut orang lain agar menyalahkan kerajaan kerana mengurangkan subsidi minyak sebanyak 20 sen baru-baru ini.

"Saya pernah melihat pengguna memuat naik bil caj berlebihan mereka di media sosial dan menyalahkan kerajaan kerana menaikkan harga minyak, katanya."

Walaupun harga minyak naik, berbilion Ringgit masih dibelanjakan oleh kerajaan memberi subsidi bagi barangan terkawal dan lebih banyak lagi kepada syarikat pengangkutan untuk menghantar bekalan ke kawasan luar bandar di bawah program keseragaman harga. Jainab menyarankan agar pengguna yang terbabit dengan caj berlebihan membuat laporan kepada Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan mengemukakan bukti, barulah boleh di post ke media sosial.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada pengusaha untuk menaikkan harga barangan disebabkan kekurangan pusat KPDNKK di beberapa lokasi tetapi bukan bermakna syarikat boleh menaikkan harga melebihi kemampuan pengguna. Jainab juga berkata kementeriannya kini bekerjasama dengan KPDNKK untuk menubuhkan lebih banyak Kedai Rakyat dan Borneo Mart agar pengguna mempunyai alternatif untuk memboikot peniaga yang tidak berprinsip.










Post a Comment