Kerajaan Perlu Pertimbang Untuk Tangguh GST


Lajim
KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan perlu menimbangkan bagi menangguhkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April, tahun ini melihat kepada situasi ekonomi global yang dijangka tidak memuaskan.

Membuat gesaan itu, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Lajim Ukin berkata, kerajaan juga sepatutnya memberikan lebih perhatian untuk mengurangkan beban kewangan rakyat yang makin bertambah.

"Kerajaan telah menjalankan persediaan, termasuk memberikan ceramah dan taklimat kepada banyak pihak, khususnya usahawan, mengenai GST. Tetapi melihat kepada iklim ekonomi global ketika ini yang tidak memuaskan, saya rasa adalah lebih baik kerajaan memikirkan semula keputusannya untuk melaksanakan GST pada tahun ini.

"Ia (GST) perlu ditangguhkan sehingga ekonomi bertambah baik untuk tidak lebih membebankan rakyat, khususnya di Sabah," katanya. Beliau berkata, GST menjejaskan rakyat di semua peringkat umur, di semua peringkat umur, dari umur, dari yang muda sehingga yang tua, yang perlu membayar cukai khususnya untuk barang harian dan barang keperluan.

"Kerajaan sepatutnya lebih sensitif kepada tekanan kewangan yang dihadapi kepada tekanan kewangan yang dihadapi oleh rakyat, khususnya di Sabah di mana perniagaan tidak berjalan baik, khususnya bagi bidang pelancongan yang mengalami kerugian disebabkan oleh pengurangan jumlah kedatangan pelancong asing.

"Ini ditambah lagi dengan kenaikan tarif elektrik, serta tarif air bermula 1 Januari 2015, yang akan meletakkan ramai orang dan perniagaan di bawah tekanan kewangan," kata Lajim.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan perlu meneliti dengan serius bagi menyemak semula dasar Kabotaj yang dilihat banyak menjejaskan ke atas eksport negeri dan menyebabkan perbezaan harga antara Sabah dan semenanjung. Beliau berharap kerajaan akan merumuskan strategi dan langkah baharu untuk menambah baik ekonomi negara dan bukannya melaksanakan dasar GST yang akan membebankan lagi rakyat.

Lajim juga menggesa Kerajaan Persekutuan untuk memastikan pembangunan di Sabah setaraf dengan yang di semenanjung.

"Sabah masih lagi jauh ketinggalan dari segi pembangunan fizikal sejak bertahun-tahun jika dibandingkan dengan semenanjung. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan peruntukan pembangunan yang lebih besar untuk negeri ini," katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan tidak seharusnya hanya memfokuskan kepada program pembasmian kemiskinan di daerah-daerah tertentu kerana terdapat juga rakyat miskin tegar dan rakyat miskin di daerah lain yang memerlukan bantuan.

Sebagai contoh, Lajim berkata, program Mini Sejahtera (Mesej) tidak sepatutnya hanya dijalankan di Kudat atau Kota Marudu tetapi juga di daerah lain seperti Kota Belud, Keningau, Sook dan Matunggong yang masih kurang pembangunan.

Beliau juga menggesa rakyat Sabah terus mengukuhkan perpaduan dan mengamalkan tolenrasi dan saling menghormati, serta elakkan diri daripada terlibat dalam tindakan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama yang boleh membawa kepada perpecahan.

"Marilah kita mendoakan agar 2015 akan membawa banyak harapan dan kesejahteraan kepada rakyat Sabah, selain daripada keamanan dan keharmonian."

Post a Comment