Tindakan Terhadap PATI Perlu Cepat & Berkesan - Musa

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman berkata tindakan lebih drastik akan diambil untuk mengatasi isu pendatang tanpa izin (PATI) dengan fokus terhadap pusat tahanan dan penghantaran serta usaha membendung kemasukan pendatang yang baharu. Beliau berkata perkara ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (MJKN) dan Zon Keselamatan Pantai Timur (ESSZONE). Musa yang juga Pengerusi MJKN dan Pemerintah Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM) berkata beliau memberikan penekanan dalam mesyuarat itu tindakan hendaklah cepat dan berkesan.

Mengenai pusat tahanan dan penghantaran pula, penelitian yang lebih terperinci akan dilakukan mengenai beberapa aspek yang perlu diperbaiki dalam operasi sekarang yang membabitkan agensi-agensi berkaitan dan bersetuju untuk memperkenalkan semula dengan segera 'Operasi Bersepadu'. Persiapan awal sebelum operasi dilaksanakan secepat mungkin untuk memperkuat dan memantapkan lagi operasi yang akan dijalankan ini termasuklah :

Pertama - Meningkatkan kapasiti pusat-pusat tahanan sementara yang hanya mampu menempatkan 5,000 orang pada satu masa. Tindakan drastuik ialah mengenal pasti lokasi dan bangunan yang sesuai yang boleh diubahsuai dan diwartakan sebagai pusat tahanan sementara untuk memastikan kapasiti tahanan boleh dipertingkatkan tanpa lewat dan ini juga boleh diatasi dengan pembinaan pusat-pusat baharu.

Kedua - Mengakii dan mempertingkatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung proses penghantaran balik pendatang tanpa izin. Ini termasuk dari aspek seperti menahan reman, penyiasatan, dokumentasi dan jadual penghantaran balik. Sementara SOP sekarang perlu diperbaiki dari purata masing-masing enam bulan kepada dua bulan, tempoh ini masih dianggap panjang dan ini memerlukan kos operasi yang tinggi dari segi menyediakan makanan dan minuman, disamping menyelenggara dan soal keselamatan.

Penambahbaikan SOP memerlukan rundingan perundingan dan kerjasama daripada negara-negara asal pendatang tanpa izin ini kerana komitmen mereka amat diperlukan daripada mereka untuk mengurangkan masa diambil untuk penghantaran balik tahanan. Pasukan Petugas Khas yang dipengerusikan oleh Setiausaha kerajaan Negeri telah dibentuk untuk membuat tindakan susulan perkara-perkara di atas dan untuk mengetuai pelaksanaan Operasi Bersepadu.

Semua pihak terutama sekali majikan diminta untuk memastikan pekerja-pekerja mereka mempunyai dokumen yang sah dan permit kerja. Para pemimpin masyarakat, ketua-ketua kampung dan pengerusi-pengerusi jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung diarahkan memberikan kerjasama kepada agensi-agensi penguatkuasaan ini dengan memberikan maklumat terhadap pendatang tanpa izin di kawasan mereka masing-masing.

Tindakan akan diambil terhadap mereka yang mengambil dan melindungi pendatang tanpa izin di kawasan mereka. jangan slahkan kerajaan jika tindakan diambil kerana peningkatan sudah dikeluarkan sejak sekian lama. Mengenai pencegahan kemasukan PATI yang baharu, Musa berkata mereka melanjutkan strategi sekarang untuk mengenakan perintah berkurung di kawasan ESSZONE. Inisiatif ini akan terus diperkukuh dengan cadangan-cadangan strategi baharu untuk mewartakan pulau-pulau yang digunakan oleh pendatang tanpa izin dan penjenayah sebagai kawasan larangan.

Strategi ini amat penting kerana pulau-pulau dalam perairan ESSZONE adalah antar lokasi untuk penjenayah rentas sempadan melakukan penyeludupan, penculikan dan persembunyian pendatang tanpa izin sebelum mereka masuk ke Sabah. Terdapat 360 buah pulau dalam ESSZONE dan 83 daripadanya terletak di Semporna. 

Sebagai perkara prinsip, kita juga bersetuju untuk mempertingkatkan strategi untuk mewartakan pulau-pulau yang menjadi sasaran menjadi pulau larangan dengan melaksanakan bersandarkan pulau-pulau yang dikenalpasti. Pelaksanaan strategi ini bergantung kepada kajian yang akan dijalankan ileh Jawatankuasa Bertindak. Dengan pelaksaan perintah berkurung yang sama, kita yakin kawasan larangan ini akan mewujudkan impak yang berkesan dalam agenda kita untuk membendung kemasukan pendatang tanpa izin. Ini akan dapat membantu kerajaan dalam mengatasi isu pendatang tanpa izin yang menjadi fokus kita dalam masa terdekat.

Post a Comment