Denggi : 98,383 kes, 190 kematian dalam tempoh jan hingga 7 Dis

Sebanyak 98,383 kes denggi dan 190 kematian dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh januari hingga 7 Dis tahun ini, menjadikannya jumlah tertinggi pernah dicatatkan berbanding tahun-tahun sebelumnya. menteri kesihatan datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding negeri lain iaitu kira-kira 48,691 kes atau hampir 50 peratus daripada jumlah keseluruhan. Selangor juga mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 71 kes atau 37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di negeri itu. 

Menuruk Dr S. Subramaniam, Kementerian Kesihatan telah mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Selangor yang diketuai Menteri Besar Mohamed Azmn Ali semalam bagi membolehkan peningkatan kerjasama kawalan denggi antara kedua-dua pihak. Antara cadangan yang dikemukakan kementerian pada perbincangan itu ialah meminta kerajaan negeri melalui Pihak berkuasa Tempatan (PBT) menitikberatkan mengenai pengurusan sisa pepejal, menjaga kebersihan persekitaran terutamanya di tapak pembinaan dan kawasan lapang.

Post a Comment