RCI: 'Kami Cuba Yang Terbaik'

Kota Kinabalu : Salah seorang daripada lima Pesuruhjaya yang terlibat dalam siasatan terhadap pendatang tanpa izin di Sabah, pada Sabtu, mempertahankan penemuannya terhadap kritikan baru-baru ini bahawa ia cuba membantu menyembunyikan kebenaran di sebalik bilangan besar warga asing di negeri ini dan bagaimana mereka berhasil mendapat dokumen pengenalan.
       Prof. Datuk Dr Kamaruzaman Ampon memberitahu Harian Ekspres bahawa ahli-ahli RCI melakukan apa yang diperlukan mengikut Terma Pujukan (TOR) di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.
       "Kami melakukan kerja kami berdasarkan keterangan 211 saksi dan apa yang kami temui, dan kami kini mengemukakannya dalam Laporan RCI mengikut TOP."
       "Adalah tidak wajar bagi sebarang pihak untuk mengatakan RCI bekerjasama dengan kerajaan untuk menyembunyikan kebenaran," katanya, apabila dihubungi.
       Dr Kamaruzaman, bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), berkata ia dunia bebas dan orang ramai boleh membuat sindiran mengenai RCI, bahawa dalang dan pesalah sebenar Projek IC telah dilepaskan.
       Beliau mengulas kenyataan pemimpin de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa laporan RCI mengenai pendatang tanpa izin di Sabah adalah tidak bermakna dan hanya kata-kata kosong untuk membersihkan kesilapan (pemimpin terdahulu) Putrajaya.
       Menurut Prof. Dr Kamaruzaman, Suruhanjaya itu menerima banyak bukti berdasarkan keadaan tetapi apabila mereka memeriksanya, tidak ada "smoking gun" (bukti yang kukuh).
       "Semasa sebutan Projek IC, nampkanya terdapat idea pra- anggap dan bukti mungkin menunjuk kepada kerajaan tetapi tidak ada 'bukti kukuh'.
       Mengenai laporan yang mempertikaikan Kerajaan tidak terlibat dalam kebanjiran pendatang tanpa izin ke Sabah, beliau berkata secara spesifik dalam Laporan itu.
       "Tidak ada dalam Laporan itu menyebutnya. Adakah anda menemuinya di sana?"
       "Berdasarkan bukti daripada lima saksi dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kesimpulan kami ialah Projek IC mungkin wujud. Ia adalah satu kemungkinan."
       "Sebab itulah kenapa mereka mesti membaca Laporan itu untuk membuat kesimpulan mereka sendiri dan ambil tahu apa yang perlu diatasi," kata beliau.
       "Sudah tentulah, Laporan tersbut tidak membuat sebarang kesimpulan eksekutif. Kami sengaja tidak memasukkannya kerana kami mahu rakyat membaca Laporan tersebut yang juga mengandungi kesimpulan prosiding, antara aspek lain."
       Mengenai kenapa Laporan itu tidak menjelaskan cadangan daripada bekas Ketua Menteri Datuk Yong Teck Lee sebagai salah satu penyelesaian berdaya maju (kepada pengeluaran dokumen pengenalan palsu), Dr Kamaruzaman berkata, ia boleh dikembangkan daripada Jawatankuasa Tetap mengenai Pendatang Asing di Sabah yang dicadangkan.
       Ditanya perkataan "Diraja" daripada muka depan Laporan itu, katanya, ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Jawatankuasa tersebut sedar mengenainya pada peringkat percetakan.
       "Sebelum pencetakan itu, kami sebenarnya telah merujuk kepada Laporan-laporan RCI yang lain untuk tajuk itu dan mendapati perkataan 'Diraja' telah ditinggalkan dalam sesetengah laporan berkenaan. Bagi kami, ia tidak ada masalah jadi kami mengikut format itu.
       "Pada hakikatnya, perkataan 'Diraja' telah ditinggalkan daripada Laporan RCI mengenai Kes Linggam tetapi tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya. Mengapa sekarang?"
       Dr Kamaruzaman menjelaskan lebih lanjut bahawa perkataan 'Diraja' langsung tidak terdapat dalam surat pelantikan kepada ahli-ahli Suruhanjaya berkenaan.
       "Kami telah dilantik oleh Seri Paduka Baginda yang Di-Pertuan Agong dan juga diberi kuasa untuk bertanya, bukan bertanya, seiring dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950."

Post a Comment