UPSR: Lagi ramai calon keputusan cemerlang di Sabah

Kota Kinabalu - Seramai 1,231 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 di Sabah berjaya memperoleh keputusan cemerlang gred A tahun ini. 

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Jame Alip berkata, jumlah itu turut mencatat peningkatan seramai 34 murid berbanding 1,197 calon tahun lalu. 

"Secara keseluruhan seramai 22,699 calon atau 51.09 peratus berjaya mencatat sekurang-kurangnya pencapaian peringkat C dalam semua mata pelajaran yang diambil.

"Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.43 peratus berbanding 22,136 calon (48.66 peratus) pada 2013," katanya dalam sidang media di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gaya.

Jame berkata, peratus lulus sebanyak 51.09 peratus adalah peratus terbaik Sabah berbanding dengan pencapaian lima tahun sebelum ini.

Post a Comment