Pastikan bahasa kebangsaan diguna dengan betul - Hajiji

KOTA KINABALU - Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hj. Hajiji Hj. Mohd Noor menegaskan bahawa kesemua pihak berkuasa tempatan di negeri ini perlu memastikan bahasa Melayu digunakan dengan betul di tempat-tempat awam. Penggunaan bahasa sama ada di papan-papan iklan, papan tanda perumahan atau pada tiang tanda sekalipun harus tidak menampakkan seakan-akan kita berada di negara barat. Ia sepatutnya menunjukkan imej budaya negara Melayu yang betul.

Hajiji berharap agar Sabah akan menjadi negeri contoh dalam penggunaan bahasa kebangsaan dalam masa terdekat dan beliau juga menyeru kepada semua pihak berkuasa tempatan untuk memantau kawasan masing-masing dan memastikan bahawa papan-papan tanda menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

"Kita harus memastikan bahawa bahasa Melayu diberi keutamaan dalam penggunaanya di papan tanda. Iya juga harus dieja dan digunakan dengan betul agar tidak merosakkan bahasa Melayu."

Kerajaan dengan kerjasama DBP sudah menganjurkan seminar-seminar seperti ini untuk membantu orang ramai memupuk kebanggaan mereka terhadap bahasa kebangsaan, tetapi masih menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk membangunkan bahsa Melayu supaya setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

Jika seluruh rakyat Malaysia benar-benar prihatin dan berbangga dengan bahasa Melayu, ia dengan mudah akan dikenali di seluruh dunia. Sama seperti bangsa Jerman, Jepun dan Perancis yang dikenali begitu bangga dengan bahasa kebangsaan masing-masing.

Post a Comment