Kerajaan akan bina 12,040 unit rumah mampu milik

KOTA KINABALU - Kerajaan akan membina sebanyak 12,040 unit rumah mampu milik di negeri ini tahun hadapan bagi menangani masalah ketidakcukupan rumah. Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Datuk  Zakaria Idris menjelaskan daripada jumlah itu, sebanyak 7,750 unit Rumah Prima akan dibina iaitu 6,000 unit di Kota Kinabalu dan selebihnya akan dibina di Sandakan.

Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) juga akan dibina sebanyak 2,000 unit dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia pula sebanyak 2,290 unit iaitu 1,2290 unit akan dibina di Papar dan 1,000 unit lagi di Tuaran. Mengenai jenis-jenis perumahan yang sedang dan akan dibina untuk golongan rakyat yang dianggap miskin tegar, miskin dan sederhana yang berdaftar dengan e-kasih, terdapat empat jenis rumah disediakan iaitu Program Perumahan Rakyat (Disew), PPRT dan Program Bina Rumah (PPRT Kawasan Bandar); Skim Pinjaman Perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dan Rumah Mesra Rakyat.

Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2015 telah mengumumkan sebanyak 143,000 unit rumah mampu milik bakal dibina di seluruh negara yang terdiri daripada 80,000 unit Rumah Prima, 26,000 unit Rumah PPR, 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat, 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat. Disamping itu, terdapat program -program baru iaitu Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia yang akan dibina sebanyak 10,639 unit dan Skim Perumahan Belia sebanyak 20,000.

Post a Comment