"RATU NUSANTARA" bakal beraksi untuk Sabah!

21 Oktober 2014, sejarah baru bagi Negeri Sabah tercipta dengan perasmian sebuah kapal yang bakal mengubah ekonomi dan pembangunan sosial negeri tercinta ini dan "Ratu Nusantara" adalah penyumbang utamanya.

APA ITU "RATU NUSANTARA" DAN FAKTA TENTANGNYA?



  1. Kapal jenis FPSO (Floating, Production, Storage, Offloading) ini dimiliki oleh syarikat tempatan Sabah, M3Nergy Sdn. Bhd. 
  2. Dirasmikan pada 21 Oktober 2014 di limbungan kapal Keppel, Benoi, Singapura
  3. Dinamakan sebagai "Ratu Nusantara" oleh YABhg Datin Seri Panglima Hajjah Faridah Tusin, isteri kepada Ketua Menteri Sabah.
  4. Panjang kapal ini melebihi 300 meter dan dianggarkan bernilai USD290juta (RM870juta)
  5. Transformasi "Ratu Nusantara" menjadi kapal FPSO mengambil masa 16 bulan.
  6. Kapal ini dapat memproses 25,000 tong minyak sehari, 77mmscfd gas, 20,000 tong air sehari dan berkeupayaan menyimpan 630,000 tong minyak diproses. 
  7. Beroperasi di perairan utara Madura, Indonesia di mana M3Nergy Sdn. Bhd. memegang kepentingan perniagaan yang agak besar dan akan berlabuh di Bukit Tua, Indonesia, kira-kira 110km Timur Laut Jawa.
  8. Tetamu VIP yang hadir bersama Ketua Menteri, DSP Musa Aman & isteri di majlis perasmian:
    • Ketua M3Nergy merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman
    • Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan
    • Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin
    •  Menteri Tugas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang


IMPAK "RATU NUSANTARA" KEPADA SABAH?

Hasil kolaborasi kerajaan negeri Sabah, SKK Migas dari Indonesia dan PETRONAS sesungguhnya akan memberi impak yang besar kepada ekonomi, sosial dan pembangunan negeri Sabah. Sebagai pemain utama dalam industri minyak dan gas di Sabah, ia akan merancakkan industri ini secara berskala besar dan pendapatan yang bakal diperoleh kerajaan negeri juga dijangka mencecah berbilion ringgit.


Disamping terlibat dengan projek FPSO Bukit Tua, "Ratu Nusantara" juga terlibat dalam industri hiliran minyak dan gas seperti LNG di Bintulu, Urea/Melamine/Ammonia di Sipitang serta dalam eksplorasi “Marginal Oil Fields” dan “On Shore Oil Fields” dalam wilayah negeri Sabah. Ini akan menjanjikan beribu-ribu peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah dan bakal menjadikan Sabah sebagai salah satu pemain industri minyak dan gas yang penting di Malaysia!

Gambar di sekitar tapak perasmian dan "Ratu Nusantara" 
(Sumber FB Musa Aman & Dato' Rahman Dahlan)




KK: Syukur dengan nikmat yang diberi kali ini. Moga Sabah terus makmur hendaknya. Aminn~

[ISU BANJIR] LEBIH RM300 JUTA PERUNTUKAN DIPERLUKAN - JAINAB


KOTA KINABALU : Dianggarkan lebih RM300 juta diperlukan untuk mengatasi masalah banjir di Sabah khususnya di Sepanggar, Penampang dan Putatan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.
Beliau berkata sebanyak RM100 juta diperlukan bagi proses membesarkan sungai secara berperingkat di Kampung Rampaian dan Kampung Mansiang di Sepanggar dan lebih RM200 juta bagi membesarkan Sungai Moyog di Penampang dan sungai di Putatan.
“Untuk tempoh jangka masa pendek, kita memerlukan hampir RM40 juta untuk menyelesaikan masalah banjir di pantai barat termasuk Penampang. Ia tidak termasuk kawasan Tuaran dan Kota Belud,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesejahteraan Keluarga bersama Persatuan Ibu Tunggal di Dewan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah, dekat sini hari Sabtu.
Jainab yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sepanggar menggesa kontraktor yang terlibat dalam projek pembangunan khususnya jalan raya di Sabah menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu penduduk di kawasan yang dilanda banjir.
“Saya merayu kepada kontraktor yang terlibat dan membuat projek-projek pembangunan seperti di Kampung Gudon, Sepanggar supaya tampil untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan,” katanya.
Katanya, walaupun bencana alam seperti banjir adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi ia juga berlaku disebabkan “tangan-tangan manusia” yang menjalankan pembangunan di kawasan berkenaan.
Terdahulu ketika berucap, Jainab berkata kementeriannya berperanan untuk menjelaskan beberapa isu berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) kepada rakyat agar mereka faham tentang isu itu.
Menurutnya, kerajaan akan memastikan CBP tidak membebankan rakyat berikutan kebanyakan perkhidmatan asas dan barang keperluan dikecualikan cukai itu.

[ISU BANJIR] KETUA MENTERI MELAWAT KAWASAN TERJEJAS DI SEPANGGAR & PENAMPANG

Ketua Menteri Sabah, DSP Musa Aman melawat ke kawasan yang terjejas akibat banjir disebabkan hujan lebat tanpa henti dari minggu lalu. 






Kredit Gambar : Facebook Ketua Menteri Sabah, Musa Aman


KK: Harap adanya peruntukan lebih untuk menangani isu banjir ini daripada berulang lagi. Syabas diucapkan atas keprihatinan Datuk!