Menghubungkan Penduduk Kiulu



KOTA KINABALU: Penduduk di Kiulu tidak lama lagi akan menikmati perkhidmatan komunikasi dan Internet selepas pembinaan empat menara baru pada bulan Julai tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata empat menara tersebut adalah antara yang paling awal yang akan dibina dalam kalangan 79 di Sabah.

Melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kerajaan kini  sedang melaksanakan pelbagai usaha untuk mewujudkan liputan rangkaian yang lebih luas melalui Projek Masa 2 dan Masa 3, Kampung 1Malaysia dan Kampung Tanpa Wayar.

"Kami telah mengenal pasti empat lokasi untuk pembinaan menara melalui Projek Masa 3 iaitu Kg Tomis, Kg Tiong Ratau, Kg Sinorut dan Kg Gonisip," katanya, sambil menambah bahawa ia akan menelan kos sebanyak RM1 juta.

Jailani berkata demikian semasa sesi-bertemu-pemimpin mengenai pelaksanaan projek Rangkaian Selular yang lebih luas di Dewan Kg Tulong di sini, Jumaat.

Menurut beliau, mereka juga akan menyediakan sepuluh Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia di Kg Poturidong, Kg Malangang Zon 1, Kg Malangang Zon 2, pekan Kiulu, Kg Tamparuli, Kg Sawah, Kg Monggis, Kg Malangan Kiulu, Kg Ramindako Kiulu dan Kg Pukak.

Sebanyak 15 pusat Internet 1Malaysia dibangunkan di Sabah sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan liputan rangkaian di seluruh negara.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Kiulu Datuk Joniston Bangkuai.


Post a Comment