Undi Pos : Cubaan Memburukkan Imej SPR ??




Undi Pos Polis: Usaha memburukkan imej SPR bagi meraih undi simpati telah bermula!


Petang tadi telah tersebar dengan meluas melalui Facebook gambar kertas undi dengan kenyataan yang saya anggap sebagai satu lagi cubaan untuk memburukkan SPR.


Setakat saya menulis artikel ini, sebanyak 1,566 orang telah like dan 5,224 share gambar dari page yang diuruskan oleh penyokong PAS, PKR dan DAP ini.

Sungguh hebat jentera psywar Pakatan dalam menyemai keraguan kepada pihak SPR. Apabila pengundi ragu kepada SPR, bermakna undi simpati akan diperoleh Pakatan. 

Ayuh kita lihat isu yang dibangkitkan dari gambar yang dimainkan orang-orang PAS, PKR dan DAP:


Pertama, Admin page Janji Dicapati cuba mengelirukan pembaca apabila mengeluarkan kenyataan berikut: 

Anggota Polis diarahkan mengundi hari ini..Kegilaan apakah ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).

Hakikatnya, Undi Pos dan Undi Awal adalah dua perkara yang berbeza. Admin berkenaan gagal membezakannya.

Panduan Pengundian Awal yang dikeluarkan SPR dan boleh dimuat turun melalui portalnya jelas menyatakan mereka yang layak untuk mengundi awal ialah:

1. Anggota tentera
2. Isteri atau suami anggota tentera
3. Polis
4. Isteri atau suami kepada seorang pegawai Polis yang berkhidmat dengan Pasukan Gerakan Am (PGA)

Namun, anggota tentera dan PDRM (tidak termasuk pasangan) yang bertugas dalam operasi sama ada di dalam atau di luar negara semasa Hari Undi Awal diberi kebenaran untuk mengundi secara pos. Undi Pos juga dibenarkan kepada petugas media dan petugas pilihan raya. Baca di portal PRU13 ini untuk lebih jelas.

Tarikh Undi Awal sememangnya telah ditetapkan pada 30 April 2013 tetapi Undi Pos, borangnya telah mula dikeluarkan semalam, 22 April 2013. 

Ini bermakna pengundi pos boleh memangkah bila-bila masa setelah menerima borang berkenaan asalkan ia dikembalikan sebelum jam 5.00 petang, 5 Mei 2013, yakni hari Undi Biasa.



Kedua, 

1) Undi pos sepatutny bermula 3 hari awal dr undi awam tp skrg ni baru berapa hari bulan

Hakikatnya, Undi Pos bukan bermula 3 hari awal dari undi awam. Undi Pos bermula lebih awal dari itu. Rujuk gambar di atas mengenai Notis Pengeluaran Undi Pos yang secara jelas menyatakan bagi Parlimen 111 Kota Raja, ia berlaku semalam, 22 April 2013. 13 hari sebelum Hari Undi Biasa, bukan 3 hari.


Ketiga, 

2)Undi tnpa ada pemerhati dari spr,hnya kantung undi sahaja yg ada

Hakikatnya, undi pos bagi polis dan tentera tidak semestinya perlu ada pemerhati dari SPR pada hari edaran kertas undi. Ini kerana pihak SPR akan menyerahkan sampul-sampul undi kepada wakil-wakil pengundi pos seperti "Courier" Polis dan "Courier" Tentera untuk kedua-dua anggota keselamatan berkenaan. Bagi mereka yang tiada wakil, sampul undi pos akan diposkan menggunakan pos berdaftar kepada pengundi yang layak. Jadi, sewaktu mereka mengundi, sememangnya di sisi mereka tidak perlu ada wakil SPR. Mereka hanya perlu mengembalikan sampul berkenaan tanpa perlu meletakkan setem.

Admin Janji Dicapati perlu memahami proses undi pos sebelum cuba mengelirukan pembaca untuk menagih simpati. Di portal PRU13 ada dengan jelas menceritakan langkah demi langkah bagaimana proses Undi Pos.

Jika penerima kertas undi yang berkenaan tidak selesa untuk mengundi pada hari ini, beliau tidak perlu memasukkan kertas undinya ke dalam kantung berkenaan. Beliau boleh mengundi di rumah, kedai mamak atau di mana-mana lokasi disukai asalkan dikembalikan kepada Pegawai Pengurus yang bekenaan sebelum jam 5.00 petang 5 Mei 2013.


Keempat,

3)Kertas undi ada no siri

Hakikatnya, kertas undi memang ada nombor siri. PRU-PRU sebelum ini pun memang sudah ada nombor siri. Kenapa perlu ada nombor siri? Tujuannya bagi memastikan jumlah kertas undi yang berada di dalam peti undi adalah tidak lebih dari kertas undi yang dikeluarkan. Baca di portal PRU13 untuk faham dengan lebih lanjut.


Kelima,

4)Sebelum pangkah undi,terdapat borang yg sudah tertera nama pengundi beserta no ic dan no siri yg sama dgn kertas undi 

Hakikatnya, borang yang tertera nama pengundi berserta nombor IC itu adalah Borang 2 yakni Borang Pengisytiharan Identiti. Borang ini bukan baru dipakai pada tahun ini. Penggunaannya dalam pengundian pos dipersetujui oleh wakil-wakil parti politik termasuk PAS, PKR dan DAP yang berada dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC). Azmin Ali (PKR), Hatta Ramli (PAS) dan Loke Siew Fook (DAP) adalah anggotanya.


Keenam,

5)Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkn ke kantung undi 

Hakikatnya, pengundi pos perlu mengambil tindakan berikut terhadap borang-borang yang diterimanya:

Memasukkan kertas undi ke dalam Sampul A.
Memasukkan Borang Pengisytiharan Identiti ke dalam Sampul B.
Memasukkan Sampul A yang mengandungi kertas undi ke dalam Sampul B.

Oleh itu, secara teknikalnya borang berkenaan sebenarnya terasing dari kertas undi.

Pada hari pengiraan undi pos di hadapan wakil-wakil calon parti bertanding, Pegawai Pengurus akan:

Membuka Sampul B dan menyemak sama ada butiran pada Borang Pengistiharaan Identiti di dalamnya diisi dengan lengkap. Ia bagi memastikan maklumat orang yang mengisi borang berkenaan yakni pengundi pos adalah sama dengan data yang dimiliki SPR.
Memastikan nombor siri kertas undi pada Borang Pengistiharan Identiti adalah sama pada Sampul A yang mengandungi kertas undi dan belum dibuka.
Memasukkan Sampul A yang belum dibuka ke dalam dulang Sampul A bagi menyelesaikan proses semakan terhadap semua sampul undi pos yang diterima sebelum pengiraan bermula.

Proses-proses pengiraan pengundian pos boleh dibaca dengan jelas pada Portal PRU13.


Ketujuh,

6)Undi tak rahsia langsung,siap ada no siri,kwn2 ada kiri kanan,bersepah2 undi..tiada tmpat khas utk mengundi!!

Hakikatnya, nombor siri sememangnya ada pada kertas undi sama ada kertas undi biasa, undi pos atau undi awal bagi tujuan perbandingan jumlah kertas undi yang dikeluarkan dengan kertas undi yang berada di dalam peti undi.

Jika pengundi pos tidak selesa disebabkan ada rakan-rakan di kiri dan kanan serta bersepah-sepah mengundi, beliau boleh memilih untuk membawa balik borang berkenaan dan memangkah apabila mahu. Sebagaimana yang dijelaskan, beliau boleh mengundi pada bila-bila masa dan di mana-mana saja mengikut keselesaan asalkan kertas undi lengkap dikembalikan kepada Pegawai Pengurus sebelum jam 5.00 petang 5 Mei 2013.

Itu jawapan saya terhadap kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh Admin page Janji Dicapati. 

Sangat malang di pihak SPR, mereka tidak mewujudkan satu pasukan khas bagi menangkis serangan-serangan sebegini di musim pilihan raya. Sepatutnya SPR mempunyai satu pasukan maya yang bertugas 24 jam sehingga selesai pilihan raya bagi memastikan tohmahan dapat dijawab on-the-spot, tanpa perlu menunggu untuk mengadakan sidang akhbar selepas beberapa hari isu dimainkan PAS, PKR dan DAP. 

Walaupun jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan ada di portal khas yang diwujudkan sempena PRU13, SPR tidak boleh sekadar mengharapkan orang awam akan mengunjunginya bagi mendapatkan maklumat.

Kita para pengundi harus berhati-hati dengan pelbagai tindakan gerak saraf yang cuba ditimbulkan sepanjang tempoh berkempen ini. 

Semoga kebenaran akan menenggelamkan yang bathil dalam PRU13. 

Wassalam.

Perbandingan Harga di Negara ASEAN : Relevenkah PERCUMA yang diberi PR ? #TolakPR #BetterNation



Ini perbandingan harga barangan keperluan harian dengan negara Asean. 


Rafizi Ramli : Uruguay minyak sangat murah, tapi lupakah dia inflasi tinggi sana. Maknanya, Gula harga hari ini 2.10 esok 5.10. Camtu je kat sana. 


Jgn asyik main dgn emosi rakyat, itu free ini free, kesan jangka lama dia akan merana rakyat.


KK : Asyik keluar duit ja sebab sibuk nak bagi semua percuma, kalau tiada sumber pendapatan macam mana mau dapat peruntukan untuk buat pembangunan lagi ?

SINGAPURA ANGGAP DR. MAHATHIR PENGHALANG ! #PRU13 #BETTERNATION



Di kala  rakyat Malaysia tertumpu kepada pilihanraya serta sebuk dengan perbalahan mahu memilih yang terbaik antara parti parti yang bertanding, tanpa di sedari jiran sebelah tambak juga begitu prihatin dan sama sama turut menyebuk kan diri untuk merencana “outcome” pemilihan pemerintah Negara ini.
 
Bukan setakat memberi sorakan dari seberang sahaja malah turut masuk campur menguna kan kaum sedarah dan sedaging  nya yang berada di Negara ini  sebagai proksi.
 
Di dalam cubaan mahu masuk campur untuk memenang kan wakil proksi nya tiba tiba Singapura mendapati seorang individu di dalam Negara ini sebagai penghalang cita cita nya.Tidak lain dan tidak bukan ia itu Tun Mahathir.
 
Dalam beberapa laporan muka depan akhbar Straits Times Singpura seolah olah membantu pihak pembangkang dengan agenda nya sambil secara halus memburukan kerajaan Barisan Nasional.
 
Pada tarikh 15,April lalu ia melapor kan secara terang akan ugutan saman Lim Kit Siang terhadap Tun Mahathir atas ucapan Tun Mahathir berkenaan “Gelang Patah”.  Lim Kit Siang amat marah dengan pendedahan Tun Mahathir berkenaan niat mahu menguna kan sentiment kecinaan di Gelang Patah bagi mencapai cita cita menawan kawasan itu untuk membuka pintu kepada Singapura.
 
Tun Mahathir menganggap bahawa orang Johor tidak lah begitu kuat perkauman nya dan telah lama hidup berkongsi kuasa dengan orang cina mengundi calon melayu dan begitu sebalik nya.Kenyataan bahawa dengan kedatangan Lim Kit Siang ke Johor maka kerjasama Sino-Melayu nampak nya akan berakhir akibat tiupan api perkauman dan sudah tentu orang cina terhasut dengan cara politik yang di bawa oleh Kit Siang.
 
Mungkin kerana ada kebenaran nya dan ada impak kepada kenyataan ini , maka Lim Kit Siang melihat kewajaran menyaman Tun Mahathir atas kerana melondeh kan niat tersirat DAP untuk PAP.
 
Pada beberapa hari yang lalu akhbar Singapura di petik dengan tajuk utama “Mahathir Returns as Chief BN Campaigner”.Ini melambang kan begitu sebuk nya Negara jiran kita dengan kerisauan terhadap kebolehan Tun Mahathir sebagai “season campaigner” yang telah banyak kali menghadapi pilihanraya.
 
Apa kah yang membuat Negara jiran kita ini begitu sebuk sangat dengan pilihanraya kita kali ini? Ada kah rencana 20 tahun akan datang nya tergagal jika pilihanraya kali ini tidak berpihak kepada pembangkang?
 
Jika apa apa rencana nya di masa hadapan terhadap menakluki  Negara ini, Singapura mesti memula kan nya dengan PRU13. Jika terlepas  kali ini  5 tahun dari hari ini di kira sebagai terlambat dan oleh itu Singapura terpaksa berkerja keras mendapati nya sekarang.
 
Itu sebab nya ia begitu aktif dalam kempen BERSIH dan LYNAS yang boleh membantu agenda menumbang kan kerajaan sedia ada.
 
Sambil itu dengan ketekunan dan usaha sungguh sungguh Tun Mahathir di dalam kempen PRU13 bagi pihak kerajaan BN ini, ia di kira sebagai batu penghalang dan menyusah kan rencana Singapura. Keadaan bertambah buruk kepada Kit Siang apabila Mahathir memperli nya sebagai Trojan Horse untuk pihak sebelah tambak sana.
 
Walau apa pun rencana sulit Negara jiran terhadap Malaysia ini sambil menguna kan parti politik orang melayu yang sudah di tawan melalui Pakatan Rakyat , ia tetap jelas di bongkar oleh orang seperti Tun Mahathir.
 
Dan tindakan mengugut saman kepada Tun Mahathir oleh Kit Siang boleh juga di lihat sebagai kepalsuan membela demokrasi dan penipuan kebebasan bersuara dan  ia nya hanya lah slogan kosong dan teori menipu rakyat . Kerana sebaik sahaja bersuara saman akan menyusuri.
 
Kini begitu pasti dan nyata penghalang kepada kehendak Negara jiran melalui proksi nya di ganggu oleh Tun Mahathir,dan dia mesti di senyap kan at all cost oleh DAP @ PAP.

KK : Tun Mahathir adalah all-time favourite leader yang harus dikagumi oleh semua orang !

Sumber : KL POS

PANAS ! AKHIRNYA DAP TERBUKTI MENGUASAI PAS



Nik Aziz dalam kenyataan rasminya mengulas penggunaan simbol PAS bagi semua calon-calon DAP di Semenanjung Malaysia dalam PRU 13 tanda ‘akhirnya roket mendarat ke bulan’.

Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional. Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan! (di sini)

 Apa sebenarnya yang berlaku ialah bukti penguasaan DAP di dalam PAS dan ia merupakan satu rampasan kuasa terhadap PAS oleh strategis DAP. DAP sudah pasti akan memenangi lebih banyak kerusi berbanding PAS di dalam PRU Mei 13 ini. Di dalam PRU ke 12 dulupun DAP menang lebih daripada PAS. Apa yang akan terjadi selepas ini ialah ahli-ahli parlimen cina (DAP) yang menang bertanding dibawah tiket PAS akan mengatasi jumlah ahli-ahli Parlimen Islam PAS. Bahkan mereka ada pilihan untuk terus kekal dibawah logo PAS di Parlimen dan seterusnya membuat pemimpin-pemimpin Islam yang menang dibawah simbol PAS adalah kumpulan minoriti. PAS tidak ada kuasa untuk membuang mereka kerana mereka bukan ahli PAS.

PAS juga tidak ada kuasa untuk menafikan mereka mewakili PAS di Parlimen dan DUN kerana mereka menang atas tiket PAS dan diwartakan sebagai pemenang bagi Parti PAS. Inilah kes klasik menang sorak kampung tergadai. DAP akhirnya berjaya menguasai sepenuhnya Pakatan Rakyat. Bagaimana ulama di dalam PAS boleh biarkan ini berlaku?

 Ternyata pakar strategis DAP ibarat cerita dongeng Portugis minta tanah. Diriwayatkan orang Portugis meminta tanah seluas belulang seekor lembu dan pemimpin tempatan segera memberikannya kerana berpendapat orang portugis itu bodoh. Apalah yang boleh dibuat dengan tanah seluas satu belulang lembu. Rupa-rupanya setelah perjanjian dimeterai, orang Portugis itu memotong belulang itu dan dibuat benang yang amat panjang. Akhirnya kerana angkuh dan buta hati pemimpin tempatan, habis semuanya menjadi milik Portugis. Itu kisah dongeng, tetapi nampaknya hari ini, kisah dongeng itu akan menjadi sejarah. Kebodohan dan keangkuhan PAS akhirnya akan menggadai segala-galanya.


 KK : Teringat pula ayat Ustazah Teresa Kok semasa Majlis Penamaan Calon. Tiada bangkangan tentang penggunaan logo PAS. Rupanya ada udang disebalik batu !

Sumber : Kickdefella

Bagaimana Melindungi Undi Anda ?? Ini Jawapannya ! #PRU13


12 Manifesto Barisan Nasional untuk Sabah & Sarawak #AkuJanjiBN #PRU13 #BetterNation


Zahid : Kuasa asing mahu sekat BN kekal di Johor #PRU13




Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat unsur campur tangan dari negara luar untuk menggagalkan pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Johor.
 
Tanpa menyebut sebarang nama, Zahid berkata pihak berkenaan didapati cukup berazam memastikan pembangkang di Johor menang dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan dilangsungkan pada 5 Mei nanti.
 
"Sehubungan itu, amat penting kita pastikan kemenangan dengan majoriti dua pertiga untuk buktikan kita menolak campur tangan asing terhadap politik Johor dan Malaysia.
 
"Sebab negara ini adalah acuan kita, dan kita sama sekali tidak mahu campur tangan asing dalam politik negara ini," katanya ketika berucap semasa pertemuan dengan jentera BN Parlimen Kulai di sini hari.
 
Katanya pembangkang kini mula tertumpu ke Johor kerana ingin menjadikannya sebagai tapak baharu untuk memperluaskan kuasa mereka dengan meletakkan pemimpin besar mereka.
Ahmad Zahid berkata ia juga antara usaha pembangkang yang mahu melihat 'hang government' sekiranya mereka tidak mampu menumbangkan kerajaan BN di peringkat nasional supaya kerajaan tidak boleh dibentuk.
 
Menurutnya jika kerajaan BN gagal mendapat majoriti dua pertiga, ia akan menyukarkan kerajaan untuk membuat sebarang keputusan dalam pentadbiran negara.
 
"Kalau tidak dapat dua pertiga bagaimana nak tadbir negara. Kita tidak dapat pinda perlembagaan negara, kena berunding (dengan pembangkang) yang tentu melibatkan pelbagai syarat," katanya.
 
Dalam sidang media di majlis berasingan, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana indidividu dari luar yang cuba mencampuri urusan politik negara.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Konsul Besar Singapura di Johor Bahru semalam bahawa kereta berdaftar Singapura yang memasuki Johor dengan memasang logo menyokong kempen sebuah parti politik di Malaysia merupakan tindakan individu yang kewarganegaraan mereka tidak jelas. - Bernama