20 FAKTA TENTANG PILIHANRAYA (PRU-13) YANG ANDA PERLU TAHU !

20 FAKTA YANG ANDA HARUS TAHU TENTANG PRU-13




1. Bajet pengendalian pilihan raya kali ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah RM400 juta !

2. Parlimen ke-12 merupakan kedua paling panjang dalam sejarah. Paling panjang ialah dari Mei 1969 hingga 1974 atau 5 tahun 3 bulan.

3. Di antara 2008 dan 2013 terdapat 6 pilihan raya kecil untuk Parlimen dan 9 pilihan raya kecil untuk Dewan Undangan Negeri (DUN).

4. Terdapat 32 parti yang layak bertanding dalam PRU-13.

5. Sarawak mempunyai kerusi Parlimen paling banyak iaitu 31 kerusi dan kerusi DUN paling banyak iaitu 71 kerusi.

6. PRU pernah dibuat pada bulan Mei hanya sekali (1969) dan kali ini adalah kali kedua ianya dilangsungkan pada bulan Mei.

7. PRU negara ini tidak pernah dibuat pada bulan Januari, Februari, Jun, September dan Disember.

8. Perlembagaan memperuntukkan bahawa apabila Dewan Rakyat bubar, PRU hendaklah diadakan dalam masa 60 hari daripada tarikh pembubaran itu.

9. Salah satu syarat seseorang calon pilihan raya dianggap 'hilang kelayakan' ialah apabila "telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman."

10. Waktu paling lama di antara penamaan calon dan mengundi ialah 37 hari dalam PRU 1959. Tahun 2008, 12 hari, paling pendek adalah pada tahun 2004 iaitu hanya 8 hari sahaja.

11. Sejak tahun 1986 (PRU-7), tempoh berkempen tidak pernah mencecah 15 hari. Dalam PRU-13, tempoh berkempen adalah 15 hari.

12. Waktu berkempen paling pendek ialah PRU-11 pada tahun 2004 iaitu hanya 8 hari.

13. Untuk PRI-13, SPR menghapuskan "masa bantahan" sejam. Ini bermakna calon lawan tidak boleh membangkitkan soal-soal teknikal.

14. 100,000 pen, 50,000 peti undi transparen (lut sinar) dan 8,000 pusat mengundi disediakan oleh SPR kali ini.

15. Terdapat 222 kerusi Parlimen & 505 kerusi DUN yang dipertandingkan dalam PRU-13.

16. Sarawak (dengan 71 DUN) telah mengadakan pilihan raya negeri.

17. Kerusi Parlimen Sarawak adalah 31 dan DUN 71 kerusi, terbanyak di Malaysia. Johor mempunyai 26 Parlimen dan 56 DUN tapi Sabah hanya mempunyai 25 Parlimen dan mempunyai 60 DUN !

18. Untuk mendapat majoriti 2/3, 148 kerusi Parlimen diperlukan. Hanya dalam 2 PRU (1969 dan 2008), BN telah dinafikan majoriti 2/3.

19. Tun Mahathir Mohamad memimpin BN dalam lima PRU (1982, 1986, 1990, 1995, 1999), kesemuanya dengan memenangi 2/3 majoriti.

20. Dalam pilihan raya kali ini (PRU-13) , 2.3 juta orang Melayu yang layak mengundi tidak mendaftar sebagai pemilih.

Post a Comment