[ISU BORNEO] MENTERI SYOR SAMBUT MERDEKA TANPA SEBUT ULANG TAHUN


Rentetan isu Sabah Sarawak keluar Malaysia yang kini ligat dimainkan di media sosial, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengeluarkan kenyataan cadangan melalui pandangan beliau tentang isu panas ini.

Beliau yang merupakan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia bercakap dalam sidang media di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini menyatakan bahawa mulai tahun hadapan, Malaysia berkemungkinan akan menyambut Hari Kemerdekaan tanpa menyebut bilangan ulang tahunnya.

Cadangan ini telah dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan agar rakyat Sabah dan Sarawak tidak berasa tersisih jika bilangan ulang tahun itu dinyatakan.

"Misalnya (sambutan Hari Kemerdekaan) tahun yang ke-57, orang Sarawak akan kata (sambutan) itu tidak kena mengena dengan kami. Kami merdeka bersama dengan Malaysia pada tahun 1963 (dan sambutan) itu tidak relevan," katanya.

TINDAKAN POLIS TERHADAP PELAMPAU SABAH SARAWAK

INDIVIDUALS IN SABAH SECESSION CASE KNOWN, SAYS DEPUTY IGP

LAHAD DATU: Police have identified the individuals allegedly responsible for calling for the secession of Sabah from Malaysia, according to Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin.

He said they would be investigated for allegedly making seditious statements.
“Stern action will be taken against them for inciting the people in Sabah to hate Malaysia,” he told a press conference after opening the Lahad Datu District Police headquarters complex here yesterday.

On Saturday, at a programme in Sipitang, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin warned against attempts to undermine the people’s cooperation, security and unity by calling for secession.
He stressed that police would not take the matter lightly as the statements were found to have deliberately made to cause chaos in the country.

On another matter, Mohd Bakri said the curfew imposed in the waters off Sabah’s east coast would only be called off if the level of security returns to normal.


He said every action taken by the authorities was based on security requirements and the people should note that the curfew had been effective in curbing activities that could threaten Sabah’s security. - The Borneo Post, 3 September 2014



SM : Sokong sepenuhnya tindakan polis dalam hal ini. Seperti yang SM katakan sebelum ini, jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur. 

SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA - RETORIK ATAU REALITI?

Malaysia baru sahaja meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-57 pada 31 Ogos yang lalu tetapi ada suara-suara sumbang juga yang mencela rakyat Sabah kerana tidak meraikan Hari Kemerdekaan Sabah yang ke-51. Semakin lama, golongan para penghasut dan pemecah perpaduan ini semakin agresif dalam memperjuangkan perjuangan yang mereka sendiri tidak pasti kesahihannya. Ancaman seperti Sabah dan Sarawak keluar Malaysia merebak bagai kanser meracuni segenap lapisan rakyat yang 'kurang pengetahuan' tentang isu ini.

Setuju dengan kenyataan dari Hero Tua (kredit post dari myKMU.net) tentang isu SSKM yang tidak diambil serius oleh pihak kerajaan. 

Ancaman Untuk Keluarkan Sabah dan Sarawak Dari Malaysia, Bila Kerajaan Benar-Benar Mahu Bertindak?

Pelbagai isu yang melanda negeri-negeri di Semenanjung, banyak menenggelamkan isu-isu yang jauh lebih besar dan penting di Sabah dan Sarawak. Gerakan untuk mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia tidak begitu hangat dan kurang diberikan perhatian. Sedangkan pada masa yang sama, gerakan tersebut semakin berkembang dan semakin mendapat perhatian serta sokongan.

Sewaktu Akta Keselamatan Dalam Negeri masih wujud, usaha-usaha mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia, agak tersekat kerana kebanyakan pemimpin utamanya seperti Jeffry Kitingan telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Namun sebaik-baik sahaja ISA dan Ordinan Darurat dihapuskan, gerakan tersebut kembali subur. Hampir setiap hari dan dengan menggunakan pelbagai cara terutama sekali Internet, telah digunakan untuk menghasut rakyat Sabah dan Sarawak agar memberontak dan memilih untuk berpisah dari Malaysia.

Pelbagai isu dibangkitkan untuk mewujudkan sentimen dan gelombang itu. Penyumbang utama adalah STAR dan DAP serta PKR. Ketiga-tiganya bergabung, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Negara Sabah dan Negara Sarawak diperkenalkan. Fakta sejarah diputarbelitkan dan hanya mereka yang benar-benar faham kedudukan Sabah dan Sarawak sebelum pembentukan Malaysia sahaja yang akan tahu, pembohongan yang dilakukan oleh STAR-DAP-PKR adalah melampau.

Sekitar tahun-tahun 1970-an lalu, sentimen anti Semenanjung begitu kuat di Sabah dan Sarawak tetapi usaha berterusan untuk memupuk perasaan muhibah akhirnya berjaya dikurangkan ke paras paling minima. Dalam masa yang sama, lebih ramai anak-anak Sarawak dan Sabah dihantar bertugas ke Semenanjung dan mula menduduki jawatan-jawatan penting.

Selepas 2008, isu pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia, kembali memuncak. 20 Perkara Perjanjian Malaysia disebut-sebut dan diulang-ulang. Para pemimpin Pakatan Rakyat bebas menghasut ke sana ke mari untuk menyatakan Putrajaya telah mencabuli Perjanjian 20 Perkara Penubuhan Malaysia. Bagaimanapun, apa yang dikatakan telah dicabuli itu tidak pula diterangkan dan dibandingkan dengan 20 Perkara tersebut.

Setakat ini, tiada sebarang tindakan konkrit yang dibuat untuk menangani kelompok tersebut. Mereka masih bebas. Mereka juga bebas mengeji Islam, Melayu dan Bumiputera Islam walaupun tanpa mereka sedar, mereka sebenarnya menghina diri sendiri.

Politik sempit yang hanya memberikan kelebihan kepada DAP yang sememangnya amat berhajat untuk mendapatkan Sabah dan Sarawak, secara tidak langsung tidak menghakis hak-hak mereka sendiri terutama sekali yang membabitkan Tanah Adat yang tidak boleh dipindah milik kepada kaum lain selain kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Sedangkan tanpa mereka sedar, sentimen kebencian terhadap Putrajaya yang dipupuk dan disuburkan oleh DAP sebenarnya membuka mata mereka lebih besar tentang perbezaan antara kaum Bumiputera dengan kaum Foochow. Seharusnya mereka lebih bertanya, mengapa Foochow beria-ia mahukan Dayak membenci Melayu (Bumiputera Islam) sedangkan Dayak dan Melayu juga tidak banyak bezanya. Malahan kebanyakan kekayaan Sabah dan Sarawak dikaut oleh golongan Foochow dengan sewenang-wenangnya, dari balak, mineral sehinggalah kepada barangan runcit. Sedangkan kaum Dayak dan Melayu pula sekadar menjadi pembekal yang dibayar dengan harga murah dan kemudian sekadar menjadi masyarakat pengguna.

Anehnya, mereka tidak sedar tentang hakikat tersebut. Masih ada juga sekelompok ketua masyarakat tersebut yang terpedaya kononnya mereka telah dianiayai oleh Pusat, sedangkan yang sebenarnya, merekalah yang diperdayakan oleh puak-puak Foochow yang berumah besar dengan dinding tembok yang memagar sekeliling rumah itu sahaja, boleh membina berbelas-belas buah rumah panjang.

Sentimen dengki dan hasad ditanam sekejap-kejapnya oleh puak-puak Foochow untuk anak-anak Bumi kepada Bumiputera Islam sebagai cara untuk mengelakkan masyarakat Bumiputera bersatu dan kemudian menyedari hak mereka yang cuba dirampas dan dimanipulasi oleh golongan Foochow yang sebahagian besarnya beroperasi dalam DAP.

Kerajaan Malaysia perlu lebih memberikan perhatian kepada masalah ini. Kita sudah kehilangan Pulau Batu Puteh kerana kegagalan dan kecuaian pihak-pihak tertentu dalam Kerajaan Malaysia sendiri, jangan sampai pula kita kehilangan Sabah dan Sarawak hanya kerana sikap ‘tak mengapa’ yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.



SM : Jangan sampai pula kita kehilangan Sabah dan Sarawak baru terhegeh-hegeh untuk ambil tindakan. Nasi sudah menjadi bubur. 

PEMBANGKANG 'TATAP RANAP' 5 MEI #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation


Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI


MANTAP.... Rahman dan Herbert (tengah) ketika bersama jentera pilihan raya dan penyokong BN di Kampung Tuguson berseru Tatap BN.


KOTA BELUD : Calon BN DUN Kadamaian, Datuk Herbert Timbon Lagadan menyifatkan tindakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat(PKR) Kota Belud Saidil Simoi keluar daripada parti itu dan menyertai Barisan Nasional sebagi amaran jelas bahawa pembangkang 'Tatap Ranap' pada 5 Mei ini.

Katanya, tindakan mantan Ketua Cabang PKR Kota Belud yang juga bersama beberapa Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi PKR Sabah diterjemahkan bahawa golongan mereka ini adalah bijak berpolitik dalam soal, manakah pemimpin negara yang layak menjadi Perdana Menteri dan parti manakah yang boleh menang untuk meneruskan kesinambungan agenda pembangunan Negara menjelang 2020.
“Tindakan mereka itu patut diikuti oleh pembangkang yang lain di negeri ini khususnya di Dun Kadamaian dan amnya di Kota Belud, supaya penyokong tegar pembangkang itu, tidak akan menyesal di kemudian hari, ia itu, selepas pembentukan kerajaan Barisan Nasional, 5 Mei nanti.

“Kata orang, sesal dahulu pendapatan, seperti yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR itu, tetapi sesal kemudian iaitu, sesudah BN bentuk kerajaan baharu, anda cuba ketuk pintu kapal Nabi Noh yang sedang belayar menuju kepada kegemilangannya, tetapi anda tetap hampa untuk selama-lamanya kerana ketinggalan kapal Barisan Nasional yang gagah perkasa untuk selamatkan 28 juta rakyat Malaysia, termasuklah kita semua” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersama calon BN Parlimen Kota Belud, semasa berkempen di Pusat Daerah Mengundi Kampung Tugusan dan Kampung Koung di sini.

Herbert yang juga Pembantu Menteri Pembangunan dan Hal Ehwal Pengguna berkata, apalah yang dia perolehi kalau menipu dan membodoh-bodohkan rakyat sepanjang masa.

Katanya, baginya, tiada guna sekalipun memperolehi seluruh dunia ini, tetapi disebaliknya dia adalah seorang pemimpin yang penipu dan pembohong kepada rakyat, seperti yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

“Masyarakat kadamaian berhak melakukan penyelidikan secara terbuka dan bebas keatas usaha saya dan peruntukan parlimen Datuk Rahman Dahlan yang disalurkan kepada Kadamaian selama lima tahun lalu yang semuanya dinafikan oleh pembangkang.

“Kadamaian mempunyai sebanyak 84 buah perkampungan juga mempunyai bentuk bumi yang luas berbanding dengan Dun yang lain, sehingga peruntukan parlimen berjumlah lebih daripada 1 billion itu tidak kelihatan kerana diagih-agihkan kepada tiga kawasan dan mari kita bersyukur apa yang ada,”katanya.

--SabahKini

Kajian UMCEDEL cenderung kepada Anwar Ibrahim kerana kenalan #PRU13 #GE13


KUALA LUMPUR 26 April - Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) disifatkan sebagai hasil kajian yang mempunyai kecenderungan memihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kenalan pembentangnya, Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman.

Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Dr. Wan Muhammad Adam berkata, hasil kajian Mohamad Redzuan itu boleh diragui kesahihannya ekoran beliau seorang kenalan kepada Anwar.

"Apabila mengetahui Mohamad Redzuan membuat kajian tersebut, sudah pasti statistik kecenderungan akan berpihak kepada Anwar kerana kita tahu macam mana rapatnya mereka.

"Analisis yang dikeluarkan atau dibentangkan juga pasti akan memihak kepada seorang individu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas hasil kajian UMCEDEL bertajuk 'Pilihan Pengundi Menjelang Hari Mengundi Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13' yang dibentangkan oleh pengarahnya, Dr. Mohamad Redzuan di Universiti Malaya di sini semalam.

Wan Muhammad menambah, hasil kajian itu juga akan mengambil kira sentimen persahabatan di antara orang yang dikaji dengan pengkaji.

Jelasnya, sebagai pelaksana (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan diukur dan pengkaji akan mencari apa kekurangan yang dibawa berbanding individu yang beliau lagi menjadi pelaksana (Anwar).

"Apa pun hasil kaji, rakyat Malaysia tahu untuk menilai dan membuat keputusan pada 5 Mei ini. Sama-sama kita nantikan," katanya.

Mengulas isu sama, Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Azril Mohd. Amin, hasil kajian itu dianggap berat sebelah kerana Dr. Mohamad Redzuan dilihat rakan kepada Anwar.

Selain itu, katanya, Dr. Mohamad Redzuan yang merupakan bekas pemimpin ABIM yang kini menerajui Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dilihat banyak menyebelahi Anwar.

"Kajian itu tidak mewakili pandangan menyeluruh dan kita melihat ia lebih kepada sentimen persahabatan," katanya. - UTUSAN MALAYSIA

Hentikan Taktik Perkecilkan SPR Untuk Kelirukan Rakyat Demi Raih Undi #PRU13 #GE13 #NajibRazak




KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mendedahkan taktik pihak tertentu yang sengaja menimbulkan persepsi buruk terhadap badan itu hanya berdasarkan kepada dakwaan yang tidak berasas.

Justeru, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meminta para pengundi supaya berhati-hati dengan taktik itu yang bertujuan untuk menimbulkan keraguan dan kemarahan pengundi terhadap kewibawaan SPR.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata terdapat pihak-pihak yang cuba menyalahkan SPR seperti dalam isu penarikan diri calon, sedangkan perkara itu telah ditetapkan dalam peraturan 9, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 (Pindaan) (No.2) 2012, yang berkuat kuasa 27 April 2012.

"Dalam peraturan itu jelas sebut mana-mana calon yang pegawai pengurus pilihan raya sudah umumkan mereka bertanding tidak boleh menarik diri selepas proses penamaan calon tamat.

"Undang-undang ini dibuat di Parlimen dan takkan SPR nak langgar undang-undang," katanya.

Beliau mengulas laporan media pakatan pembangkang yang semakin giat menyalahkan SPR khususnya dalam soal penarikan diri calon selepas hari penamaan 20 April lepas, yang kekal dianggap bertanding dan nama calon itu tetap dicetak pada kertas undi dan undi yang diperolehnya dikira.

Pakatan pembangkang memainkan isu proses baru pilihan raya yang tidak mempunyai tempoh bantahan itu dan tiada istilah menang tanpa bertanding selepas proses penamaan calon tamat sebagai instrumen untuk meraih simpati pengundi dalam berkempen.

Sehubungan itu, Wan Ahmad meminta mana-mana parti politik agar menghentikan perbuatan mereka itu yang jelas mengelirukan rakyat serta boleh menimbulkan kekacauan.

Beliau merasakan motif parti politik tersebut, yang membuat tuduhan tidak berasas adalah untuk memburukkan agensi itu kerana mereka kekurangan modal politik dan mengharapkan tuduhan sebegitu dapat menaikkan kemarahan rakyat untuk mengundi mereka.

Mengenai tuduhan kononnya ada warga asing dari Sabah dan Sarawak masuk ke semenanjung dengan pesawat khas seperti yang didakwa PAS, Wan Ahmad berkata: "Walaupun ada yang muka Pakistan, India, China, Bangladesh, jika mereka menetap lebih 20 tahun, dan memohon untuk mendapat kerakyatan, hanya Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara yang layak memberi kerakyatan."

-- BERNAMA

DAP 'eyeing' more State seats in GE13 #PRU13 #BetterNation #GE13


PENAMPANG : The Democratic Action Party (DAP) is confident the party and its partners will win one third of the 60 State Assembly seats in the May 5 polls.

Its Sec-Gen Lim Guan Eng said they are working hard to reach the target and eyeing more State seats in the 13th General Election.

"We (Pakatan Rakyat) are also focused on attempting to win 10 Parliament seats each in Sabah, Sarawak and Johor.

"Hence, we are calling on Sabah people to give us a chance to bring changes to the State and the Federal Government by voting for us in the May 5 election," he told a press conference at the DAP Sabah headquarters in Bundusan, here, Monday.

Also present were Sabah DAP Chairman Jimmy Wong Sze Phin and the 12 candidates who are contesting in four parliamentary and eight State seats in Sabah.

To a question, Lim, who is caretaker Penang Chief Minister, said the party lost two traditional Chinese seats in Sabah to PKR. "Batu Sapi parliament seat in Sandakan and Tanjung Aru State seat in Kota Kinabalu were allocated to Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"We gave way to PKR, ask them. There was a bilateral discussion between PKR and PAS," he said, when commenting on Sabah Progressive Party (SAPP) claim that DAP, which had represented the Chinese, had failed to keep those seats.

On the election manifesto of Barisan Nasional (BN) Sabah to implement recommendations of the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants, Lim described such priority as mere lip service.

"BN has been talking about it for the past 50 years and failed to address the perennial issue.
Implementing the RCI recommendations is just a lip service by BN.

"Sabah people are not stupid. Do not insult their intelligence," he said.

Lim also witnessed pledges and promises led by Dr Edwin Bosi and the election candidates to stay true to the party when they win the polls.

Source : SabahKini