Negara Perlu Ramai Rakyat Berkemahiran



NEGARA PERLU RAMAI RAKYAT BERKEMAHIRAN


KINABATANGAN : Negara memerlukan lebih ramai rakyat berpendidikan dan berkemahiran meliputi pelbagai aspek dalam mencapai hasrat Negara maju menjelang 2020.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut, Masiung Banah berkata kerajaan juga menitikberatkan kelangsungan pendidikan di kalangan lepasan pelajar sekolah agar usaha mendokong rakyat berkemahiran tidak terhenti selepas tamat alam persekolahan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pameran Kerjaya Anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kinabatangan di Dewan Sri Lamag di Kinabatangan.

Beliau turut menyeru agar pelajar luar bandar merebut peluang pendidikan dan kemahiran yang disediakan kerajaan.

Katanya, inisiatif itu selari dengan arus pembangunan masa kini di mana Negara masih memerlukan lebih ramai rakyat yang berkemahiran bagi mengisi peluang pekerjaan yang semakin bertambah.

Lebih 300 pelajar dari beberapa sekolah menengah di Kinabatangan hadir di pameran itu yang turut disertai Institut Latihan Perindustrian Sandakan, Cosmopoint, Masterskill, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Universiti Teknologi Mara.




- Utusan Borneo , 23 Mac 2013 -

Post a Comment