Harga runcit RON95 dan diesel dijangka turun bawah paras RM2 seliter menjelang 1 Januari 2015 sekiranya harga minyak di pasaran dunia terus menurun.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk ahmad Maslan berkata, harga runcit tersebut mampu dicapai memandangkan purata bagi 18 hari bulan ini menyaksikan harga bahan bakar berkenaan di pasaran dunia berada di bawah paras RM2 seliter.
Jika harga pasaran dunia masih berada di bawah paras RM2 seliter dalm tempoh 10 hari lagi, maka 1 Januari ini, harga runcit RON95 dan diesel akan dijual pada harga bawah RM2 seliter. Ini adalah satu berita baik kepada rakyat sekiranya purata minyak dunia terus kekal sedemikian dalam tempoh 10 hari.
Harga purata minyak dunia berada di bawah paras RM2 seliter berbanding harga runcit RON95 yang ditetapkan sebanyak RM2.26 seliter dan RM2.23 seliter bagi diesel.
Post a Comment