Kota Kinabalu - Lebih 60 peratus gelandangan dan pengemis yang ditahan Jabatan Kebajikan tahun ini merupakan bukan warganegara Malaysia. Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan, Zulkiflie Hassan menjelaskan bahawa rakyat asing ini akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen kerana tanggungjawab Jabatan Kebajikan hanyalah untuk rakyat tempatan sahaja.
Kebanjiran imigran ke Sabah menjurus kepada peningkatan aktiviti-aktiviti mengemis serta jumlah gelandangan di Sabah. sebagai contoh, daripada jumlah 22 pengemis dan gelandangan di Tawau tahun ini adalah bbukan warganegara Malaysia.
Selain itu, terdapat juga pengemis dan gelandangan yang berstatus 'palauh' dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. Zulkifli menerangkan bahawa rakyat tempatan yang ditahan kerana merayau dan mengemis untuk hidup, akan dihantar ke Desa Bina Diri (DBD) Kota Kinabalu untuk diberikan kaunseling dan latihan kemahiran yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan sendiri.
Sesetengah rakyat tempatan yang memilih untuk hidup di jalanan kebanyakannya bukan penduduk Sabah, di mana mereka gagal mendapatkan pekerjaan selepas sampai di Sabah. Masalah keluarga merupakan salah satu faktor menyebabkan mereka berhijrah untuk mendapatkan pekerjaan. Tetapi selepas sampai di sini, mereka tidak dapat menyesuaikan diri ataupun gagal mendapatkan tempat tinggal disebabkan maslah kewangan.
Satu program iaitu Outreach Homeless and Soup Kitchen di Pulau Pinang mendapati bahawa kebanyakan gelandangan ditinggalkan oleh keluarga masing-masing.
Peningkatan golongan gelandangan dan pengemis di bandar-bandar besar menimbulkan masalah besar kepada pihak berkuasa tempatan, kerana kehadiran mereka mencemarkan imej bandaraya tersebut dan kegagalan untuk menyelesaikan masalah itu akan memberikan pandangan negatif bahawa kerajaan tidak prihatin masalah sosial.
Masalah ini semakin meruncing kerana orang awam masih menghulurkan wang kepada pengemis, malahan sesetengah NGO mewujudkan dapur makanan percuma untuk diberikan kepada golongan gelandangan. Ini sememangnya satu amalan murni tetapi ia umpama memberi galakan kepada pengemis dan gelandangan.
Rakyat Malaysia sangat pemurah sehinggakan terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Elvis di Ipoh, yang menyamar sebagai 'Gold Man', memperolehi pendapatan di antara RM100 hingga RM200 sehari untuk menyara isteri dan dua orang anak hanya dengan berdiri dan melakukan pelbagai aksi di depan balang kosong, meminta sedekah dan pulang. Ini dianggap sebagai mengemis dan dia ditangkap di bawah Seksyen 32 Akta Orang-Orang Papa.
Zulkiflie merumuskan , sudah banyak yang dilakukan kerajaan dalam usaha menangani isu pengemis dan gelandangan di negara ini. Bagainamanpun, penguatkuasaan undang-undang berterusan harus dilaksanakan bagi menghapuskan maslaah itu secara keseluruhan.
-Harian Ekspress-
Post a Comment