BR1M 4.0 2015

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 2015 akan mula dibayar secara ansuran/berperingkat mulai bulan Januari 2015. Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai tarikh, amaun dan cara pembayaran BRIM 2015.

[TERKINI] Pembayaran ansuran pertama BR1M 2015 akan dipercepatkan dari 28 Januari kepada 15 Januari 2015

Tarikh pembayaran BR1M 2015

Pembayaran BR1M 2015 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan dibuat secara berperingkat tiga kali setahun iaitu pada 28 15 Januari, 28 Mei dan 28 September 2015.
Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat  sekaligus pada 28 15 Januari 2015.
Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM.

Tarikh pembayaranPendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulanPendapatan isi rumah RM3,000 hingga RM4,000 sebulan
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tak melebihi RM2,000 sebulan
28 15 Januari 2015RM300RM200RM350
28 Mei 2015RM300RM200---
28 September 2015RM350RM350---
JumlahRM950RM750RM350

Cara pembayaran BR1M 2015
  • Bagi penerima yang ada mengisi akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.
  • Baucar bagi bayaran peringkat pertama akan diserahkan di majlis penyerahan BRIM, manakala baucer bayaran peringkat kedua dan ketiga akan dihantar terus ke rumah.
Semakan Status Permohonan BR1M 2015
Pemohon sebenarnya boleh membuat semakan untuk mengetahui status atau keputusan permohonan BR1M melalui 4 cara:

  • Semakan status BR1M melalui telefon
    Pemohon juga boleh menyemak status BRIM dengan menelefon nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566 atau nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716. Semakan boleh dibuat setiap hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
  • Semakan keputusan BR1M  melalui email
    Semakan BR1M dan pertanyaan juga boleh dibuat menerusi emel ke alamatbr1m@treasury.gov.my. Sila nyatakan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda di dalam emel tersebut.
  • Makluman keputusan permohonan BR1M melalui pos
    Keputusan permohonan BR1M akan dimaklumkam melalui pos secara berperingkat-peringkat. Jika berjaya surat itu juga juga akan menyatakan tarikh dan juga tempat majlis penyerahan baucar BR1M (bagi yang tiada akaun bank).
BR1M
Jika keputusan tidak berjaya, pemohon boleh merayu menggunakan borang rayuan yang boleh didapati di semua pejabat cawangan LHDN dan agensi kerajaan yang berkaitan, atau boleh dimuat turun dari laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my).
Semoga info ini berguna untuk semua.

Post a Comment