KUNDASANG (Ranau) - Industri pelancongan akan terus berkembang dan turut memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negeri ini. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Haji Kamarlin Haji Ombi berkata Sabah bukan sahaja memiliki keindahan pantai yang indah tetapi juga memiliki keindahan alam semula jadi.
Industri pelancongan negeri akan terus menjadi tumpuan dan akan terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negeri. Keistimewaan yang terdapat di negeri ini meletakkan Sabah sebagai salah satu negeri di negara ini yang mana industri pelancongannya terus berkembang maju. Kerajaan meletakkan pelancongan sebagai salah satu industri yang mampu membantu membangunkan ekonomi negeri ini.
Meskipun industri pelancongan di Sabah sedikit terganggu dengan beberapa ejadian namun Sabah tetap menjadi tumpuan. Kerajaan akan terus memastikan industri pelancongan negeri ini terus berkembang dan terus mendapat perhatian khususnya daripada pelancong luar negara. Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dan kita yakin dengan keyakinan pelancong luar negara untuk berkunjung ke negeri ini semakin pulih dan ini membantu memastikan industri pelancongan negeri ini terus berkembang.
Pelancongan negeri ini bukan hanya tertumpu kepada keindahan alam semula jadi seperti laut, pulau dan Gunug Kinabalu tetapi juga berasaskan kepada kebudayaan yang dimiliki oleh rakyat pelbagai kaum negeri ini. Perpaduan dan persefahaman yang diperlihatkan oleh rakyat pelbagai kaum negeri ini menghasilkan keharmonian menggamit pelancong luar negara untuk datang.
Tambahan, pelancong bukan hanya mahu melihat tetapi juga merasai keharmonian yang wujud daripada perpaduan dan persefahaman tersebut. Keistimewaan inilah yang wajar dibanggakan dan kemajuan industri pelancongan memberikan impak positif kepada pembangunan ekonomi negeri ini. Perpaduan dan persefahaman rakyat pelbagai kaum ini diharap bukan sahaja dapat dipelihara tetapi dapat dikembangkan dari satu generasi kepada generasi akan datang dan seterusnya.
Post a Comment