SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA - RETORIK ATAU REALITI?

Malaysia baru sahaja meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-57 pada 31 Ogos yang lalu tetapi ada suara-suara sumbang juga yang mencela rakyat Sabah kerana tidak meraikan Hari Kemerdekaan Sabah yang ke-51. Semakin lama, golongan para penghasut dan pemecah perpaduan ini semakin agresif dalam memperjuangkan perjuangan yang mereka sendiri tidak pasti kesahihannya. Ancaman seperti Sabah dan Sarawak keluar Malaysia merebak bagai kanser meracuni segenap lapisan rakyat yang 'kurang pengetahuan' tentang isu ini.

Setuju dengan kenyataan dari Hero Tua (kredit post dari myKMU.net) tentang isu SSKM yang tidak diambil serius oleh pihak kerajaan. 

Ancaman Untuk Keluarkan Sabah dan Sarawak Dari Malaysia, Bila Kerajaan Benar-Benar Mahu Bertindak?

Pelbagai isu yang melanda negeri-negeri di Semenanjung, banyak menenggelamkan isu-isu yang jauh lebih besar dan penting di Sabah dan Sarawak. Gerakan untuk mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia tidak begitu hangat dan kurang diberikan perhatian. Sedangkan pada masa yang sama, gerakan tersebut semakin berkembang dan semakin mendapat perhatian serta sokongan.

Sewaktu Akta Keselamatan Dalam Negeri masih wujud, usaha-usaha mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia, agak tersekat kerana kebanyakan pemimpin utamanya seperti Jeffry Kitingan telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Namun sebaik-baik sahaja ISA dan Ordinan Darurat dihapuskan, gerakan tersebut kembali subur. Hampir setiap hari dan dengan menggunakan pelbagai cara terutama sekali Internet, telah digunakan untuk menghasut rakyat Sabah dan Sarawak agar memberontak dan memilih untuk berpisah dari Malaysia.

Pelbagai isu dibangkitkan untuk mewujudkan sentimen dan gelombang itu. Penyumbang utama adalah STAR dan DAP serta PKR. Ketiga-tiganya bergabung, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Negara Sabah dan Negara Sarawak diperkenalkan. Fakta sejarah diputarbelitkan dan hanya mereka yang benar-benar faham kedudukan Sabah dan Sarawak sebelum pembentukan Malaysia sahaja yang akan tahu, pembohongan yang dilakukan oleh STAR-DAP-PKR adalah melampau.

Sekitar tahun-tahun 1970-an lalu, sentimen anti Semenanjung begitu kuat di Sabah dan Sarawak tetapi usaha berterusan untuk memupuk perasaan muhibah akhirnya berjaya dikurangkan ke paras paling minima. Dalam masa yang sama, lebih ramai anak-anak Sarawak dan Sabah dihantar bertugas ke Semenanjung dan mula menduduki jawatan-jawatan penting.

Selepas 2008, isu pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia, kembali memuncak. 20 Perkara Perjanjian Malaysia disebut-sebut dan diulang-ulang. Para pemimpin Pakatan Rakyat bebas menghasut ke sana ke mari untuk menyatakan Putrajaya telah mencabuli Perjanjian 20 Perkara Penubuhan Malaysia. Bagaimanapun, apa yang dikatakan telah dicabuli itu tidak pula diterangkan dan dibandingkan dengan 20 Perkara tersebut.

Setakat ini, tiada sebarang tindakan konkrit yang dibuat untuk menangani kelompok tersebut. Mereka masih bebas. Mereka juga bebas mengeji Islam, Melayu dan Bumiputera Islam walaupun tanpa mereka sedar, mereka sebenarnya menghina diri sendiri.

Politik sempit yang hanya memberikan kelebihan kepada DAP yang sememangnya amat berhajat untuk mendapatkan Sabah dan Sarawak, secara tidak langsung tidak menghakis hak-hak mereka sendiri terutama sekali yang membabitkan Tanah Adat yang tidak boleh dipindah milik kepada kaum lain selain kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Sedangkan tanpa mereka sedar, sentimen kebencian terhadap Putrajaya yang dipupuk dan disuburkan oleh DAP sebenarnya membuka mata mereka lebih besar tentang perbezaan antara kaum Bumiputera dengan kaum Foochow. Seharusnya mereka lebih bertanya, mengapa Foochow beria-ia mahukan Dayak membenci Melayu (Bumiputera Islam) sedangkan Dayak dan Melayu juga tidak banyak bezanya. Malahan kebanyakan kekayaan Sabah dan Sarawak dikaut oleh golongan Foochow dengan sewenang-wenangnya, dari balak, mineral sehinggalah kepada barangan runcit. Sedangkan kaum Dayak dan Melayu pula sekadar menjadi pembekal yang dibayar dengan harga murah dan kemudian sekadar menjadi masyarakat pengguna.

Anehnya, mereka tidak sedar tentang hakikat tersebut. Masih ada juga sekelompok ketua masyarakat tersebut yang terpedaya kononnya mereka telah dianiayai oleh Pusat, sedangkan yang sebenarnya, merekalah yang diperdayakan oleh puak-puak Foochow yang berumah besar dengan dinding tembok yang memagar sekeliling rumah itu sahaja, boleh membina berbelas-belas buah rumah panjang.

Sentimen dengki dan hasad ditanam sekejap-kejapnya oleh puak-puak Foochow untuk anak-anak Bumi kepada Bumiputera Islam sebagai cara untuk mengelakkan masyarakat Bumiputera bersatu dan kemudian menyedari hak mereka yang cuba dirampas dan dimanipulasi oleh golongan Foochow yang sebahagian besarnya beroperasi dalam DAP.

Kerajaan Malaysia perlu lebih memberikan perhatian kepada masalah ini. Kita sudah kehilangan Pulau Batu Puteh kerana kegagalan dan kecuaian pihak-pihak tertentu dalam Kerajaan Malaysia sendiri, jangan sampai pula kita kehilangan Sabah dan Sarawak hanya kerana sikap ‘tak mengapa’ yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.



SM : Jangan sampai pula kita kehilangan Sabah dan Sarawak baru terhegeh-hegeh untuk ambil tindakan. Nasi sudah menjadi bubur. 

Post a Comment