PRU13, Pakatan Rakyat Akan Tumbang - Tun Daim Zainuddin
Dalam wawancara bersama akhbar China Press
baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, melahirkan keyakinan
bahawa Barisan Nasional akan menang majoriti yang lebih besar dalam PRU13.
Ramai sedia maklum Tun Daim ini adalah seorang pengkaji dan pemikir yang hebat
dalam membuat analisis mengenai politik negara sekali gus akan membuatkan Anwar
Ibrahim & pimpinan pakatan pembangkang kegelisahan!
Lebih menggembirakan ialah selain yakin dengan
kepimpinan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
dan Barisan Naiosnal (BN), Tun Daim turut mensasarkan BN akan mampu menang
dengan majoriti yang lebih besar dalam PRU13.
Menurutnya, walaupun BN mungkin kehilangan
beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Sabah dan
Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008
kerana BN dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor, Kedah dan
Kelantan.
Malah beliau percaya, BN mempunyai peluang
untuk merampas semula DUN Selangor dan Kedah sekiranya Datuk Seri Najib
meletakkan calon menteri besar yang boleh diterima rakyat. Jika BN letakkan
calon yang benar-benar sesuai, Tun Daim percaya BN mampu menang majoriti yang
lebih besar.
“Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu
Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu,” katanya.
Selain dari itu, Tun Daim turut mengatakan
permasalahan terbesar dengan pakatan pembangkang di negara ini ialah mereka
tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto tahun 2008. Katanya,
disebabkan itu mereka dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai rakyat.
Beliau turut menafikan, andaian kononnya
Perdana Menteri sebagai terlepas peluang keemasan untuk membubarkan Parlimen
seperti yang dijaja beberapa pemimpin DAP. Ini kerana menurutnya pembubaran
boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dan bukan dalam tempoh tertentu
sahaja.
Dalam temuramah berkenaan, beliau turut
menasihati pengundi Cina agar berfikir secara mendalam dan berhati-hati sebelum
mengundi.
“Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum
BN,” soalnya.
Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali
ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar
yang sesuai dan diterima ramai.
Ketika diminta mengulas mengenai makhluk
bernama Anwar Ibrahim, Tun Daim di dalam wawancara yang disiarkan sebelum ini
mengatakan Ketua Pembangkang itu bukan setahun dua dalam kerajaan. Beliau masuk
UMNO tahun 1981 dan sudah jadi Timbalan Menteri pada tahun 1982 hingga ke
jawatan akhirnya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun 1998.
Cuba tengok kiri dan kanan sepanjang 16 tahun
itu ada ke tidak sesuatu sesuatu dasar atau program atau projek istimewa Anwar
yang boleh didirikan satu tugu peringatan sebagai lambang kehebatannya.
Jawabnya tentu tidak ada. Kejayaannya meniti setapak dengan segera dalam hiraki
politik semata-mata kerana beliau dicop sebagai 'Budak Bermata Biru' Tun Dr
Mahathir Mohamad waktu itu.
Kesimpulannya, jentera BN di setiap kawasan
pusat daerah mengundi (PDM) perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam
memastikan calon yang dipilih oleh kepimpinan diterima. Jentera dan petugas
parti perlu meletakkan kepentingan parti dihadapan berbanding kepentingan
peribadi bagi mengelakkan sebarang unsur yang boleh merencatkan gerak kerja
yang dilakukan.
Apa yang penting ialah, mengembalikan semua
keyakinan rakyat khususnya pengundi terhadap BN/Umno sekaligus memberikan
kemenangan kepada setiap calon yang dipilih oleh kepimpinan.
Credit to Pejuang Bangsa
Post a Comment