Manifesto BN Satu Janji Besar Kepada Rakyat
KOTA
KINABALU, 7 APRIL : Manifesto Barisan Nasional (BN) memberikan satu janji yang
besar kepada rakyat dan percaya keseluruhan rakyat Malaysia menantikan khabar
baik itu.
Ketua
Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman, berkata manifesto BN Sabah secara
keseluruhannya adalah sama dengan manifesto BN Pusat.
“Manifesto
ini mencatatkan kejayaan, janji yang ditepati dan banyak lagi untuk rakyat.
Rakyat boleh melihat sendiri bukti kerajaan BN yang prihatin terhadap kebajikan
rakyat dan memikirkan apa yang kita lakukan selama ini dan masa depan,” katanya
kepada pemberita selepas menyempurnakan kempen Beautiful Malaysia bersama Astro
Kasih di Sabah, disini kelmarin.
Selain itu,
Musa menjelaskan bahawa jentera BN Sabah
sudah lama siap siaga menghadapi pilihanraya umum ke-13 (PRU-13).
Katanya,
semua komponen BN Sabah mempunyai jalinan kerjasama erat, berbincang dan
bersama-sama untuk memenangkan calon BN.
“Perkara yang
penting adalah kita perlu memberitahu rakyat mengenai kebaikan, bukti jelas
janji ditepati selama ini kepada rakyat Malaysia khususnya di Sabah.
“Kita
beruntung mempunyai Perdana Menteri yang prihatin kepada semua rakyat di negara
ini yang membolehkan kita hidup dalam keadaan aman damai,” katanya.
Musa juga
berkata senarai calon untuk PRU-13 sudah muktamad dan keputusan terletak di
tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menentukan siapa sesuai
untuk dicalonkan pada kali ini.
Beliau
mengakui ada beberapa muka baru dicalonkan oleh BN dalam PRU-13 ini.
Post a Comment