Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI
MANTAP.... Rahman dan Herbert (tengah) ketika bersama jentera pilihan raya dan penyokong BN di Kampung Tuguson berseru Tatap BN.
KOTA BELUD : Calon BN DUN Kadamaian, Datuk
Herbert Timbon Lagadan menyifatkan tindakan Ketua Cabang Parti Keadilan
Rakyat(PKR) Kota Belud Saidil Simoi keluar daripada parti itu dan menyertai
Barisan Nasional sebagi amaran jelas bahawa pembangkang 'Tatap Ranap' pada 5
Mei ini.
Katanya, tindakan mantan Ketua Cabang PKR Kota
Belud yang juga bersama beberapa Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi PKR Sabah
diterjemahkan bahawa golongan mereka ini adalah bijak berpolitik dalam soal,
manakah pemimpin negara yang layak menjadi Perdana Menteri dan parti manakah
yang boleh menang untuk meneruskan kesinambungan agenda pembangunan Negara
menjelang 2020.
“Tindakan mereka itu patut diikuti oleh
pembangkang yang lain di negeri ini khususnya di Dun Kadamaian dan amnya di
Kota Belud, supaya penyokong tegar pembangkang itu, tidak akan menyesal di
kemudian hari, ia itu, selepas pembentukan kerajaan Barisan Nasional, 5 Mei
nanti.
“Kata orang, sesal dahulu pendapatan, seperti
yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR itu, tetapi sesal kemudian iaitu,
sesudah BN bentuk kerajaan baharu, anda cuba ketuk pintu kapal Nabi Noh yang
sedang belayar menuju kepada kegemilangannya, tetapi anda tetap hampa untuk
selama-lamanya kerana ketinggalan kapal Barisan Nasional yang gagah perkasa
untuk selamatkan 28 juta rakyat Malaysia, termasuklah kita semua” katanya.
Beliau berkata demikian ketika bersama calon
BN Parlimen Kota Belud, semasa berkempen di Pusat Daerah Mengundi Kampung
Tugusan dan Kampung Koung di sini.
Herbert yang juga Pembantu Menteri Pembangunan
dan Hal Ehwal Pengguna berkata, apalah yang dia perolehi kalau menipu dan
membodoh-bodohkan rakyat sepanjang masa.
Katanya, baginya, tiada guna sekalipun
memperolehi seluruh dunia ini, tetapi disebaliknya dia adalah seorang pemimpin
yang penipu dan pembohong kepada rakyat, seperti yang dilakukan oleh pemimpin
Pakatan Rakyat.
“Masyarakat kadamaian berhak melakukan
penyelidikan secara terbuka dan bebas keatas usaha saya dan peruntukan parlimen
Datuk Rahman Dahlan yang disalurkan kepada Kadamaian selama lima tahun lalu
yang semuanya dinafikan oleh pembangkang.
“Kadamaian mempunyai sebanyak 84 buah
perkampungan juga mempunyai bentuk bumi yang luas berbanding dengan Dun yang
lain, sehingga peruntukan parlimen berjumlah lebih daripada 1 billion itu tidak
kelihatan kerana diagih-agihkan kepada tiga kawasan dan mari kita bersyukur apa
yang ada,”katanya.
--SabahKini