Kerajaan Beri Peluang Warga Emas Dalam Pembangunan Negara - Jainab

SELASA, OKTOBER 21, 2014
KOTA KINABALU - Kerajaan sentiasa memberikan ruang dan peluang kepada golongan warga emas yang aktif dan produktif untuk menyumbang bakti kepada pembangunan negara, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad.
Beliau juga menyeru agar badan-badan korporat turut sama membantu kerajaan memberikan peluang kepada golongan warga emas yang produktif. Katanya, ini kerana semua lapisan masyarakat memainkan peranan penting untuk pembangunan negara.

"Peranan warga emas amat penting untuk pembangunan modal insan, misalnya keprihatinan warga emas dalam memerhati dan menegur amat dihargai," katanya. Sumbangan dan bakti warga emas juga tidak pernah dipinggirkan dalam arus pembangunan negara dan kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan warga emas di negeri ini.

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dibina adalah untuk tujuan memberikan kemudahan kepada warga emas untuk menjalankan aktiviti terutamanya bagi mereka yang tinggal bersendirian ketika keluarga keluar bekerja. Pelbagai aktiviti disediakan di PAWE bagi membolehkan warga emas belajar berdikari, berinteraksi bersama mereka dan menjalankan aktiviti bersama dengan masyarakat tempatan, memperoleh pengetahuan dan kemahiran serta terus menyumbang khidmat sukarela kepada masyarakat.

Dalam melaksanakan Strategi Lautan Biru, kerajaan juga ingin badan korporat melakukan tanggungjawab sosial untuk bekerjasama membangunkan masyarakat.

Post a Comment