Kebanyakan Gelandangan & Pengemis Di Sabah Adalah Rakyat Asing - Zulkiflie

Kota Kinabalu - Lebih 60 peratus gelandangan dan pengemis yang ditahan Jabatan Kebajikan tahun ini merupakan bukan warganegara Malaysia. Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan, Zulkiflie Hassan menjelaskan bahawa rakyat asing ini akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen kerana tanggungjawab Jabatan Kebajikan hanyalah untuk rakyat tempatan sahaja.
Kebanjiran imigran ke Sabah menjurus kepada peningkatan aktiviti-aktiviti mengemis serta jumlah gelandangan di Sabah. sebagai contoh, daripada jumlah 22 pengemis dan gelandangan di Tawau tahun ini adalah bbukan warganegara Malaysia.

Selain itu, terdapat juga pengemis dan gelandangan yang berstatus 'palauh' dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. Zulkifli menerangkan bahawa rakyat tempatan yang ditahan kerana merayau dan mengemis untuk hidup, akan dihantar ke Desa Bina Diri (DBD) Kota Kinabalu untuk diberikan kaunseling dan latihan kemahiran yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan sendiri.

Sesetengah rakyat tempatan yang memilih untuk hidup di jalanan kebanyakannya bukan penduduk Sabah, di mana mereka gagal mendapatkan pekerjaan selepas sampai di Sabah. Masalah keluarga merupakan salah satu faktor menyebabkan mereka berhijrah untuk mendapatkan pekerjaan. Tetapi selepas sampai di sini, mereka tidak dapat menyesuaikan diri ataupun gagal mendapatkan tempat tinggal disebabkan maslah kewangan.

Satu program iaitu Outreach Homeless and Soup Kitchen di Pulau Pinang mendapati bahawa kebanyakan gelandangan ditinggalkan oleh keluarga masing-masing.

Peningkatan golongan gelandangan dan pengemis di bandar-bandar besar menimbulkan masalah besar kepada pihak berkuasa tempatan, kerana kehadiran mereka mencemarkan imej bandaraya tersebut dan kegagalan untuk menyelesaikan masalah itu akan memberikan pandangan negatif bahawa kerajaan tidak prihatin masalah sosial.

Masalah ini semakin meruncing kerana orang awam masih menghulurkan wang kepada pengemis, malahan sesetengah NGO mewujudkan dapur makanan percuma untuk diberikan kepada golongan gelandangan. Ini sememangnya satu amalan murni tetapi ia umpama memberi galakan kepada pengemis dan gelandangan.

Rakyat Malaysia sangat pemurah sehinggakan terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Elvis di Ipoh, yang menyamar sebagai 'Gold Man', memperolehi pendapatan di antara RM100 hingga RM200 sehari untuk menyara isteri dan dua orang anak hanya dengan berdiri dan melakukan pelbagai aksi di depan balang kosong, meminta sedekah dan pulang. Ini dianggap sebagai mengemis dan dia ditangkap di bawah Seksyen 32 Akta Orang-Orang Papa.

Zulkiflie merumuskan , sudah banyak yang dilakukan kerajaan dalam usaha menangani isu pengemis dan gelandangan di negara ini. Bagainamanpun, penguatkuasaan undang-undang berterusan harus dilaksanakan bagi menghapuskan maslaah itu secara keseluruhan.

-Harian Ekspress-

Belia Digesa Teruskan Budaya Kesukarelawan

Selasa, Oktober 28,2014
Tuaran - Golongan belia disaran supaya meneruskan budaya kesukarelawan mereka tanpa mengira waktu.
Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Tuaran, Datuk Jahid Jahim berkata, tidak ada istilah 'berhenti'dalam tugas-tugas sebagai seorang sukarelawan, sama ada melalui pertubuhan besar mahu pun persatuan belia dan sukan, malah perlu diteruskan sehingga tahap 'tidak mampu' atau 'tidak larat' untuk berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan.

Sekiranya semangat kesukarelawan itu dikekalkan pada setiap masa, maka kerja-kerja kesukarelawan tersebut pasti menjadi kebiasaan atau rutin dalam kehidupan orang ramai sejak kecil sehinggalah mereka dewasa.


Tanpa kesediaan orang ramai, apatah lagi dalam kalangan ahli untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukarela, pertubuhan dan gerakan sukarela, tidak mungkin berkembang menjadi suatu tenaga yang berpengaruh dan berupaya memainkan peranannya yang penting dalam masyarakat.

Berlandaskan aspirasi kerajaan ke arah menyatukan rakyat yang berbilang kaum, pelbagai persatuan belia yang ditubuhkan di setiap daerah amat menepati intipati tersebut dengan misi penggemblengan kumpulan belia sukarelawan daripada pelbagai bangsa dan agama untuk berusaha merealisasikan aktiviti transformasi pembangunan negara berlandaskan semangat 1Malaysia.

Menurut Jahid, dalam konteks masyarakat moden hari ini, kerja sukarela atau kesukarelawan amat digalakkan kerana dianggap penting untuk memupuk dan mengembangkan nilai, amalan kerjasama dan perpaduan, demokrasi, hak-hak asasi manusia dan keadilan sosial dalam masyarakat.

Lebih 100 Juta Untuk Sabah - Jainab

Tawau - Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan hal ehwal Sabah, datuk jainab Ahmad Ayid, sebanyak RM101.48 juta bantuan telah diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 61,709 penerima seluruh negeri Sabah dari Januari hingga September tahun ini.

Menurutnya, bagi empat daerah di Pantai Timur iaitu Tawau, Lahad datu, Semporna dan Kunak sebanyak 11,692 penerima telah menerima bantuan dengan jumlah RM4.87 juta. "Penerima bantuan ini terdiri daripada warga tua, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak, pesakit kronik, bantuan am, bantuan anak yatim, dan bantuan anak pelihara elaun pekerja cacat," katanya.

Pemberian bantuan berkenaan menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memberi kelegaan kepada golongan yang memerlukan. JKM sentiasa melaksanakan tanggungjawab membantu mereka yang memerlukan dan dalam Bajet 2015 pun kerajaan tidak pernah lupa kepada golongan-golongan yang memerlukan bantuan.

Jainab juga menjelaskan bahawa ketua keluarga yang mempunyai anak-anak dewasa yang mampu membantu dari segi kewangan merupakan salah satu faktor daripada 13 faktor yang menjadi penyebab kepada pembatalan pemberian bantuan oleh JKM. 

Pemberian bantuan ini bersifat sementara dan hanya untuk memberi kelegaan kepada penerima yang memenuhi syarat. Unit Pembangunan Masyarakat (UPPM) di sesebuah kawasan juga digesa untuk bekerjasama dengan JKM untuk melakukan tapisan sebelum memberi sokongan permohonan.

JKM akan melakukan penyiasatan sebelum membuat kelulusan pemberian bantuan dan sebarang penipuan aan diambil tindakan. Bagi kes penipuan untuk mendapatkan bantuan ini, JKM boleh mengakses kepada agensi-agensi tertentu unutk mendapatkan maklumat.

Jainab juga menjelaskan tentang isu berhubung kes kenaikan harga barang ekoran pengurangan subsidi bahan api baru-baru ini, Jainab berkata setakat ini terdapat lebih 400 kes yang sedang disiasat berhubung isu berkenaan. Beliau juga menerangkan bahawa pemantauan ke atas kes ini akan terus dilakukan dan berharap agar orang ramai dapat memberikan maklumat dan bukti yang jelas dan nyata barkaitan penipuan harga barang.

Local Handicraft Industry Holds Great Potential

WEDNESDAY, OKTOBER 29, 2014
KOTA KINABALU - By improving productivity, diversification and quality to penetrate international markets and garner stronger returns, the local handicraft industry holds great potential and can be further developed.

Deputy Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Pang Yuk Ming said the government recognises the art and craftmanship of local artists and continues to provide a variety of promotional programmes to help them sell their handicraft.

"The booming handicraft industry signals strong prospects for local artists with total handicraft sales increasing nearly 78 percent from RM31.55 million in 2012 to RM56.183 in 2013," he said adding that latest figures as of October already stood at RM45.60 million.

"We have some amazing local talent in producing an increasing range of handicraft, not to mention the quality has improved significantly," he said.

The11-day handicraft exhibition gathers local talent from throughout the country to showcase their impressive range of handwoven handicraft from intricatelyhan

d-woven rattan, baskets, ethnic bead jewellery, local batik which continues to draw shoppers, as well as domestic and international tourist alike.

"This is a great platform for local artists to gain access for local artists to sell their works, promote their craft and gain access to bigger markets,"said Pang. Furthermore, he said the exhibition would also feature various cultural performances including a Batik Fashion showcasing Sabahan art and traditions for visitors.


PAN BORNEO FASA 1 RM13.27 bilion diperuntukkan

PAPAR: Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM13.27 bilion untuk melaksanakan Fasa 1 merangkumi kerja menaik taraf 706 batu Lebuhraya Pan Borneo dari Kota Kinabalu ke Sindumin, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata Fasa 2 projek ini masih sedang diteliti dan dijangka dimuktamadkan oleh kerajaan dalam masa terdekat. 

"Bagaimanapun, anggaran kos projek ini (seluruh) adalah tertakluk kepada perubahan harga bahan binaan, kadar kenaikan harga tanah yang akan ditentukan kemudian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Negeri tahun ini diserikan dengan kehadiran Ketua Negeri, Tun Haji Juhar Mahirudin di dewan masyarakat di sini, semalam. 

Setelah itu, Rosnah yang juga Ahli Parlimen di sini, memeriksa kerosakan kecil jalan-jalan raya di kawasan beliau. 

Beliau diiringi oleh Pegawai Daerah Sarimin MF Basir dan pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Kerja Raya yang memberi penerangan kepada beliau tentang kerosakan yang disebabkan oleh banjir baru-baru ini. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan semasa membentangkan Bajet 2015 di Parlimen baru-baru ini peruntukan sebanyak RM27.2 bilion untuk pelaksanaan projek pembangunan Lebuhraya Pan Borneo Sabah-Sarawak yang meliputi 1,663 km.

Rosnah berkata Fasa 1 projek tersebut melibatkan menaik taraf jalan raya di antara Kota Kinabalu dan Sindumin di sempadan Sabah-Sarawak, dan jalan Sandakan-Lahad Datu-Tawau kepada empat lorong berikutan kepesatan pembangunan di kawasan pantai timur.

Dalam usaha untuk mempercepatkan pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo, beliau berkata kerajaan pusat secara serius mempertimbangkan inisiatif Kerjasama Awam Swasta (PPP).

"Di bawah kaedah ini (PPP) , sektor swasta akan diperlukan untuk membina dan memelihara jalan raya untuk jangka masa melalui pembiayaan sendiri yang dipersetujui dan kerajaan akan membayar syarikat itu kembali ansuran setelah selesai projek.

"Keutamaan akan diberikan kepada syarikat-syarikat tempatan dan perunding yang memiliki keupayaan dan kepakaran untuk melakukan projek itu," katanya.

Rosnah juga melahirkan harapan bahawa Lebuhraya Pan Borneo akan berfungsi sebagai jalan pautan yang strategik dan menyediakan perjalanan yang selesa kepada pengguna jalan raya di Sabah dan Sarawak dan pada masa yang sama, memberi kesan limpahan ekonomi kepada penduduk di kedua-dua negeri. 

Peraturan baharu JPJ bermula Mei 2015

Penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap akan dilaksanakan bermula 1 Mei tahun depan.

Peraturan baharu itu menetapkan VLT bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus, manakala kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu dan penumpang hadapan pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.

Sementara itu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas terhada pemilik kenderaan yang menggunakan lampu ‘strobe’, lampu High-Intensity Discharge (HID) atau xenon dan saiz nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi bermula 1 Nov depan.


Kerajaan Beri Peluang Warga Emas Dalam Pembangunan Negara - Jainab

SELASA, OKTOBER 21, 2014
KOTA KINABALU - Kerajaan sentiasa memberikan ruang dan peluang kepada golongan warga emas yang aktif dan produktif untuk menyumbang bakti kepada pembangunan negara, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad.
Beliau juga menyeru agar badan-badan korporat turut sama membantu kerajaan memberikan peluang kepada golongan warga emas yang produktif. Katanya, ini kerana semua lapisan masyarakat memainkan peranan penting untuk pembangunan negara.

"Peranan warga emas amat penting untuk pembangunan modal insan, misalnya keprihatinan warga emas dalam memerhati dan menegur amat dihargai," katanya. Sumbangan dan bakti warga emas juga tidak pernah dipinggirkan dalam arus pembangunan negara dan kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan warga emas di negeri ini.

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dibina adalah untuk tujuan memberikan kemudahan kepada warga emas untuk menjalankan aktiviti terutamanya bagi mereka yang tinggal bersendirian ketika keluarga keluar bekerja. Pelbagai aktiviti disediakan di PAWE bagi membolehkan warga emas belajar berdikari, berinteraksi bersama mereka dan menjalankan aktiviti bersama dengan masyarakat tempatan, memperoleh pengetahuan dan kemahiran serta terus menyumbang khidmat sukarela kepada masyarakat.

Dalam melaksanakan Strategi Lautan Biru, kerajaan juga ingin badan korporat melakukan tanggungjawab sosial untuk bekerjasama membangunkan masyarakat.

"RATU NUSANTARA" bakal beraksi untuk Sabah!

21 Oktober 2014, sejarah baru bagi Negeri Sabah tercipta dengan perasmian sebuah kapal yang bakal mengubah ekonomi dan pembangunan sosial negeri tercinta ini dan "Ratu Nusantara" adalah penyumbang utamanya.

APA ITU "RATU NUSANTARA" DAN FAKTA TENTANGNYA?



  1. Kapal jenis FPSO (Floating, Production, Storage, Offloading) ini dimiliki oleh syarikat tempatan Sabah, M3Nergy Sdn. Bhd. 
  2. Dirasmikan pada 21 Oktober 2014 di limbungan kapal Keppel, Benoi, Singapura
  3. Dinamakan sebagai "Ratu Nusantara" oleh YABhg Datin Seri Panglima Hajjah Faridah Tusin, isteri kepada Ketua Menteri Sabah.
  4. Panjang kapal ini melebihi 300 meter dan dianggarkan bernilai USD290juta (RM870juta)
  5. Transformasi "Ratu Nusantara" menjadi kapal FPSO mengambil masa 16 bulan.
  6. Kapal ini dapat memproses 25,000 tong minyak sehari, 77mmscfd gas, 20,000 tong air sehari dan berkeupayaan menyimpan 630,000 tong minyak diproses. 
  7. Beroperasi di perairan utara Madura, Indonesia di mana M3Nergy Sdn. Bhd. memegang kepentingan perniagaan yang agak besar dan akan berlabuh di Bukit Tua, Indonesia, kira-kira 110km Timur Laut Jawa.
  8. Tetamu VIP yang hadir bersama Ketua Menteri, DSP Musa Aman & isteri di majlis perasmian:
    • Ketua M3Nergy merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman
    • Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan
    • Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin
    •  Menteri Tugas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang


IMPAK "RATU NUSANTARA" KEPADA SABAH?

Hasil kolaborasi kerajaan negeri Sabah, SKK Migas dari Indonesia dan PETRONAS sesungguhnya akan memberi impak yang besar kepada ekonomi, sosial dan pembangunan negeri Sabah. Sebagai pemain utama dalam industri minyak dan gas di Sabah, ia akan merancakkan industri ini secara berskala besar dan pendapatan yang bakal diperoleh kerajaan negeri juga dijangka mencecah berbilion ringgit.


Disamping terlibat dengan projek FPSO Bukit Tua, "Ratu Nusantara" juga terlibat dalam industri hiliran minyak dan gas seperti LNG di Bintulu, Urea/Melamine/Ammonia di Sipitang serta dalam eksplorasi “Marginal Oil Fields” dan “On Shore Oil Fields” dalam wilayah negeri Sabah. Ini akan menjanjikan beribu-ribu peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah dan bakal menjadikan Sabah sebagai salah satu pemain industri minyak dan gas yang penting di Malaysia!

Gambar di sekitar tapak perasmian dan "Ratu Nusantara" 
(Sumber FB Musa Aman & Dato' Rahman Dahlan)




KK: Syukur dengan nikmat yang diberi kali ini. Moga Sabah terus makmur hendaknya. Aminn~

Sektor Hartanah Antara Pemacu Utama Ekonomi Malaysia - Musa

AHAD, Oktober 19, 2014
KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata bahawa sektor hartanah adalah antara pemacu utama ekonomi Malaysia selain amat penting kepada keadaan kewangan kira-kira 140 industri berkaitan. Pemaju hartanah berkait dengan golongan profesional, pembiaya, pembekal bahan binaan, pengangkutan, pakar produk, kontraktor dan sebagainya dan yang paling penting dalam rantaian ini adalah pemaju hartanah.

Menurut Musa, pemaju hartanah juga memainkan peranan penting dalam industri pelancongan di Sabah dengan menyediakan lebih banyak hotel serta resort bagi menampung peningkatan permintaan selain terus membangunkan sektor pelancongan.

Sabah masih lagi merupakan destinasi pilihan pelancong dengan kira-kira tiga juta pelawat tiba di negeri ini tahun lepas dan angka itu terus meningkat sekalipun timbul pelbagai cabaran termasuk isu berkaitan keselamatan.

Musa juga mempelawa pemaju hartanah utama tanah air untuk meneroka sektor hartanah kediaman di atas tanah dan apartment dengan mengembangkan produk mereka dalam segmen berbeza, susulan permintaan yang semakin meningkat.

Beliau turut menggesa pemaju agar memastikan harga hartanah tidak meningkat secara keterlaluan selain memperuntuk ruang untuk membina lebih banyak rumah mampu milik.

Musa berharap pemaju hartanah turut meninjau potensi Sabah dalam perdagangan dan pelaburan, bukan sekadar pelancongan semata-mata.

Katanya Sabah sedang dipersiapkan untuk menarik pelaburan dalam pembuatan terutama untuk sektor hiliran minyak dan gas serta minyak sawit, dan usaha ini secara beransur-ansur akan menghasilkan lebih banyak peluang pembangunan hartanah.


Minimal GST Impact on Housing Cost

Monday, October 20, 2014

KOTA KINABALU : The impact on cost to housing developers when the Goods and Services Tax ( GST) is implemented in April next year will be between one and two per cent, said Urban Wellbeing, Housing and Local Government Minister, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

He said it is normal to see negative perceptions emerging from all quarters whenever the subject of tax is raised, even though the Government has stressed that resindential homes are exempted from GST.

"The implementation of GST is said will cause the price of houses to go up due to the increasing cost of building materials.

"(But) the Government has also conducted its own analysis and is confident that the impact on the construction cost will only be about one to two per cent, which can be absorbed by the developers," he said.

However, the door for discussion is always open to ensure the burden to be absorbed could be re-evaluated, he said at a dinner in conjunction with The Edge Property Excellence Award programme, here, Saturday. His speech was delivered by National Housing Director-General Datuk Mohamad Yusoff Ghazali.

Abdul Rahman said that in 2015 the Government is allocating RM644 million to continue building the 26,651 units of houses under the People's Housing Programme (PPR) in the country.

In Sabah, the houses built under the PPR totalled 24,491 units comprising 36 projects, while based on the National Property Information Centre (NAPIC), a total of 157,421 units of houses have been built by private developers in Sabah.

In the recently tabled National 2015 Budget, Abdul Rahman said the Prime Minister had also touched on the Government's commitment to build more 1Malaysia Public Personnel Houses (PPA1M).

A total of 5,380 units of PPA1M had been approved next year, with 1,290 units to be built in the PPA1N Papar, he said.

On the MyHome Scheme, Abdul Rahman said as of October this year, his Ministry had received 4,561 applications from Sabah and three projects involving 1,566 units had been approved as of Oct 1, 2014.

"I call upon developers in Sabah to grab the oppoturnity to take part in the development of MyHome in the State because the Government has agreed to set aside RM300 million for another 10,000 units in 2015," he said.

Abdul Rahman also hoped the existing cooperation and cordial relationship between the Federal and State governments, NGOs and the private sector would remain strong.

Pelaksanaan JITU di Sabah perlu diselaras : Musa

Sabtu ,Oktober18, 2014

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mahu semua Setiausaha Tetap Kementerian di Sabah, menubuh dan menyelaraskan pelaksanaan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) di peringkat jabatan dan agensi masing-masing

Musa berkata tindakan itu selaras dengan penubuhan JITU di peringkat Sabah sebagai kesinambungan kepada inisiatif memperkukuh integriti, khususnya dalam perkhidmatan awam yang sudah menampakkan impaknya.

"Dalam aspek pengurusan kewangan misalnya, bilangan agensi negeri yang memperoleh empat bintang dalam penilaian Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan telah bertambah setiap tahun. Pencapaian ini sudah tentunya amat membanggakan kerana selain menjadi petanda kepada peningkatan integriti dalam kalangan penjawat awam, ia juga merupakan pengiktirafan kepada kecemerlangan yang dicapai," katanya.

Musa berkata demikian dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) Peringkat Negeri Sabah di sini pada Khamis.

Menurut Musa kecemerlangan yang dicapai agensi berkenaan juga boleh diulangi agensi lain, sekiranya mereka menghayati kepentingan nilai integriti seperti disiplin, akauntabiliti, kemahiran dan amanah dalam mengurus wang rakyat.

-Bernama-

Perkemas Program Integriti Setiap Jabatan - Musa

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kepada ketua-ketua pentadbiran untuk terus merancang, melaksana, memantau dan menilai keberkesanan program integriti di jabatan dan agensi masing-masing.

"Program-program integriti harus dilaksanakan dengan cara yang berstruktur kerana ia adalah elemen penting kepada tadbir urus yang baik," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Negeri Khamis lalu.


Penambahbaikan perkhidmatan awam perlu dilaksanakan secara berterusan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan dan walaupun sistem penyampaian kerajaan telah bertambah baik, terutamanya melalui penggunaan aplikasi ICT, penjawat awam perlu sedar bahawa orang ramai sentiasa mahukan perkhidmatan yang terbaik, katanya. Bagi tujuan ini, Musa berkata mereka perlu menjadi inovatif dan kreatif dalam perancangan mereka serta berfikir di luar kotak.




KK : Itu tandanya kerajaan negeri serius dalam menangani isu pecah amanah dan rasuah dalam kalangan penjawat awam di Sabah. Syabas!

Lapor Jika Dikenakan Caj Berlebihan

Friday, October 17, 2014
KOTA KINABALU : Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad menggesa orang ramai untuk tampil membuat laporan sekiranya dikenakan caj berlebihan oleh peniaga dan bukannya menggunakan bil itu untuk menyalahkan kerajaan kerana mengurangkan subsidi minyak.



"Terdapat undang-undang untuk melindungi pengguna dan tindakan boleh diambil terhadap pekedai yang menaikkan harga sesuka hati, katanya." Beliau kesal kerana terdapat pengguna yang memuat naik bil caj berlebihan melalui media sosial tanpa membuat laporan kepada pihak seharusnya dan bahkan ada yang menggunakan bil caj tersebut untuk menghasut orang lain agar menyalahkan kerajaan kerana mengurangkan subsidi minyak sebanyak 20 sen baru-baru ini.

"Saya pernah melihat pengguna memuat naik bil caj berlebihan mereka di media sosial dan menyalahkan kerajaan kerana menaikkan harga minyak, katanya."

Walaupun harga minyak naik, berbilion Ringgit masih dibelanjakan oleh kerajaan memberi subsidi bagi barangan terkawal dan lebih banyak lagi kepada syarikat pengangkutan untuk menghantar bekalan ke kawasan luar bandar di bawah program keseragaman harga. Jainab menyarankan agar pengguna yang terbabit dengan caj berlebihan membuat laporan kepada Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan mengemukakan bukti, barulah boleh di post ke media sosial.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada pengusaha untuk menaikkan harga barangan disebabkan kekurangan pusat KPDNKK di beberapa lokasi tetapi bukan bermakna syarikat boleh menaikkan harga melebihi kemampuan pengguna. Jainab juga berkata kementeriannya kini bekerjasama dengan KPDNKK untuk menubuhkan lebih banyak Kedai Rakyat dan Borneo Mart agar pengguna mempunyai alternatif untuk memboikot peniaga yang tidak berprinsip.










Utamakan Anak Tempatan Sabah Ikuti Kursus Perguruan




KOTA KINABALU : Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad menyarankan agar Kementerian Pendidikan memberi keutamaan kepada anak tempatan Sabah mengikuti kursus-kursus perguruan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata langkah itu perlu memandangkan Sabah sehingga hari ini masih mengalami kekurangan pendidik dalam kalangan anak-anak tempatan, sehinggakan terpaksa bergantung pada guru-guru berasal dari Semenanjung.

"Bukan kita bersikap pesimis terhadap curahan bakti guru-guru dari Semenanjung, tetapi ia penting demi kelangsungan wawasan negara menuju status maju berpendapatan tinggi menjelang 2020,"katanya.

Berucap membahas Bajet 2015 di Dewan Rakyat kelmarin, Sapawi berkata Sabah sering kali berhadapan masalah kekurangan guru berpengalaman setiap kali guru berasal dari Semenanjung pulang ke tempat asal mereka.

"Apabila mereka pulang ke kampung sendiri, maka sekolah yang ditinggalkan akan terasa kehilangan guru berpengalaman. Dan apabila guru baru hadir jadi pengganti, sifatnya juga hanya sementara. Beginilah yang berlaku sejak sekian lama. Dan ia akan berlanjutan selagi tiada langkah drastik diambil, untuk menambahkan nisbah pengambilan anak tempatan Sabah mengikuti kursus perguruan di IPTA," katanya.

Beliau berkata pengambilan lebih ramai anak tempatan mengikuti kursus perguruan sudah pasti membantu kerajaan dari segi penjimatan kos pertukaran guru-guru dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, dan sebaliknya apabila mereka pulang ke tempat asal.

Katanya, dalam siri pengambilan pelatih guru baru-baru ini, hanya 10 peratus terdiri dari kalangan anak tempatan Sabah.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar kemudahan asas pendidikan di Sabah dan Sarawak terus diperkasakan, termasuk bangunan sekolah dan pejabat pentadbiran serta kemudahan makmal komputer.

Ia penting selaras Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang memberi penekanan terhadap pemantapan sekolah yang memerlukan bimbingan dan bantuan khusus. Menurut Sapawi, kemudahan pejabat pentadbiran pendidikan di Sabah masih banyak berkeadaan daif.

Beliau mengambil contoh di kawasan Sipitang sendiri, bangunan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)nya masih berlantai dan berdinding papan, yang barangkali satu-satunya PPD berkeadaan sedemikian rupa di negara ini.


Kredit Gambar : Sabah Edisi Khas

Peruntukan RM31j untuk Sekolah dan Badan Bukan Islam

KHAMIS, OKTOBER 16, 2014
KOTA KINABALU - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM31,302,000 untuk Sekolah-sekolah dan Badan-badan Keagamaan Bukan Islam di Sabah pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menerangkan dalam ucapannya bahawa daripada jumlah itu, sebanyak RM13,880,000 adalah untuk sekolah-sekolah termasuk Sekolah Cina dan Tadika. "Manakala peruntukan untuk badan-badan keagamaan bukan Islam seperti Gereja dan rumah-rumah ibadat untuk Cina, Hindu dan Sikh adalah sebanyak RM17,422,000. "Daripada jumlah keseluruhan peruntukan untuk badan keagamaan bukan Islam, RM11,730,000 diperuntukan kepada gereja-gereja, RM5,442,000 untuk Tokong Cina dan RM250,000 lagi untuk rumah-rumah ibadat Hindu dan Sikh.

Ringkasan Pembahagian Peruntukan untuk Sekolah-sekolah dan Badan-badan Keagamaan Bukan Islam di Sabah:

1) Sekolah-sekolah termasuk Sekolah Cina & Tadika - RM13,880,000
2) Badan-badan keagamaan bukan Islam - RM17,422,000
     (i) Gereja-gereja - RM11,730,000
     (ii) Tokong Cina - RM5,442,000
     (iii) Rumah ibadat Hindu & Sikh - RM250,000

Datuk Seri Musa Aman juga percaya dengan adanya sumbangan secara tahunan ini, sekolah-sekolah dan Badan-badan Keagamaan Bukan Islam akan dapat memenuhi sebahagian daripada keperluan kewangan untuk menampung kos operasi harian, menjalankan program-program berkaitan serta penambahbaikan institusi dan badan keagamaan masing-masing. 

"Sebagai Kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab, kita sentiasa membela nasib rakyat termasuklah membantu sekolah-sekolah dan pertubuhan agama yang mewakili pelbagai kepercayaan agama di negeri ini. "Kita menyedari institusi pendidikan seperti sekolah amat penting dalam melahirkan rakyat yang berilmu dan berpengetahuan yang akan memacu pembangunan dan kemajuan. Dalam masa yang sama, badan-badan keagamaan memainkan peranan memupuk nilai-nilai mulia dan positif dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama," kata beliau.

Musa juga turut menjelaskan bahawa isu-isu agama tidak timbul di Sabah. 
"Kita jangan terikut-ikut dengan hasutan pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri. Selama ini, kita di Sabah hidup dalam keadaan aman, damai dan harmoni, saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira suku kaum, agama dan budaya, sehinggakan Perdana Menteri mengakui dan mengiktiraf Sabah contoh terbaik semangat 1Malaysia. "Oleh itu, sama-sama kita memelihara dan mengekalkan semangat perpaduan, kekitaan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini," jelas beliau.

Musa yang juga Menteri Kewangan berkata antara tahun 2004 sehingga tahun ini, peruntukan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah berjumlah RM88,536,019 dan dalam tempoh yang sama, RM119,997,180 diperuntukan kepada badan-badan Keagamaan bukan Islam. Jumlah ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan untuk membantu sekolah-sekolah dan badan-badan keagamaan bukan Islam iaitu sejumlah RM208,553,199 dalam 11 tahun. Beliau yakin bahawa peruntukan itu telah digunakan dengan sebaik mungkin. Musa juga turut menjelaskan kepada pemberita bahawa usaha-usaha untuk membantu sekolah-sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di negeri ini akan terus dilaksanakan setiap tahun.

"Walaupun negeri Sabah berbilang bangsa dan agama namun dapat hidup dalam suasana aman damai kerana adanya persefahaman dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain, seterusnya membolehkan kerajaan memaju dan membangunkan negeri ini," katanya.






















Musa : Pembangunan Usahawan dan Pengeksportan Menjadi Fokus Utama Kerajaan



SANDAKAN : Pembangunan usahawan dan pengeksport juga menjadi fokus utama Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) Sabah dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) yang berperanan meningkatkan daya saing usahawan dan pengeksport Sabah. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, Kerajaan Negeri melalui MID juga aktif mengetengahkan produk tempatan melalui penyertaan dalam pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang diadakan di Melaka pada setiap tahun.

Katanya, disamping itu, syarikat-syarikat Sabah juga sering menyertai pameran yang dianjurkan oleh Matrade terutama di luar negara agar mereka dapat memasarkan barang dan perkhidmatan dengan lebih luas. Musa berkata demikian pada Perasmian Program 'Exporters Forum' Matrade 2014 di sini pada selasa. Teks ucapan Musa disampaikan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris. Hadir sama, Pengarah Kanan Matrade, Zulkepli Mohd Perai.

Musa berkata, melangkah ke hadapan, pengukuhan syarikat untuk menerokai pasaran global melalui pengetahuan tentang keperluan pasaran, penggunaan teknologi, peningkatan kualiti pengeluaran serta perkongsian pengalaman adalah penting dalam persekitaran perniagaan global yang semakin mencabar. Justeru, beliau juga mengalu-alukan inisiatif Matrade selaku Agensi Promosi Perdagangan Malaysia untuk membantu agensi-agensi negeri yang berkaitan dan membimbing pengeksport meningkatkan keupayaan bagi menerokai pasaran luar negara.

"Dalam konteks ini, kerajaan negeri dan Matrade sentiasa bekerjasama dalam memberi maklumat terkini perniagaan global dan peluang-peluang perdagangan kepada syarikat dari masa ke masa," katanya. Sehubungan itu, syarikat-syarikat di Sabah perlu memanfaat maklumat dan bantuan yang disediakan Matrade dan beliau menggesa agar berani dalam mengembangkan prospek perniagaan dan meneroka pasaran antarabangsa untuk menggalakkan 'home grown brand' berkembang di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, Musa berkata, kerajaan negeri juga berhasrat memacu transformasi bagi menjadikan negeri ini sebuah negeri yang membangun dan maju. Beliau percaya usahawan termasuk petani dan nelayan di Sabah dapat beralih kepada paradigma baharu dalam pengeluaran dan pemasaran barangan dan sektor eksport dapat memberi pulang yang cukup besar kepada perkembangan ekonomi negeri.

Menjelang tahun hadapan, peranan terbuka Asean Economic Community (AEC) akan menjadi kenyataan dan beroperasi sepenuhnya. Ini bermakna, pasaran untuk barangan Malaysia akan menjadi luas dan pengaliran barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih mudah berikutan pengurangan atau pelupusan tarif sepenuhnya di rantau ini.

Musa berkata, Malaysia juga akan menghadapi cabaran saingan dari kemasukan barangan dan perkhidmatan dari negara Asean yang lain. "Oleh itu, kita perlu bersedia dari sekarang dan meningkatkan kualiti barangan dengan konsep pengeluaran yang lebih efisien agar dapat bersaing dengan pengeluar di negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina," katanya. Sehubungan itu, Musa menggesa syarikat-syarikat di negeri ini mendaftar sebagai ahli matrade bagi mendapatkan maklumat pasaran serta peluang perdagangan terkini.

Mengulas mengenai program yang diadakan di Sandakan, katanya, ia satu wadah yang baik dalam memberi maklumat kepada peserta-peserta mengenai urusan berkaitan. Pada sidang media, Zakaria berkata, usaha Matrade juga sangat bertepatan dalam memberi penerangan kepada pengeksport dan peserta mengenai hal yang dibincangkan.Sementara Zulkepli berkata, daripada 14 ribu syarikat yang berdaftar dengan Matrade di seluruh negara, 176 darinya adalah syarikat dari Sabah. 5 syarikat juga telah berjaya memasarkan produk mereka di luar negara dengan bimbingan Matrade dan agensi yang berkenaan.

Katanya, Matrade juga dari masa ke masa komited melaksanakan program seumpama dan memperkasa pengeksport dengan jalinan kerjasama dengan agensi berkenaan. Beliau juga menggalakkan syarikat mendaftar dengan Matrade dan mengetahui peranan Matrade dalam membantu pengeksport dan usahawan berkaitan khususnya dalam memasarkan produk dan perkhidmatan. Ketika ini, permintaan negara luar tinggi dan usaha meningkatkan kualiti barangan daripada pengeksport juga giat dilaksanakan dan bersaing dengan negara-negara pengeksport lain.

Bagi negeri Sabah, antara yang dieksport adalah hasil bumi seperti industri minyak, kelapa sawit dan perhutanan dan Matrade juga dalam pada itu optimis syarikat Sabah ke arah pengeluaran dan pemasaran antaranya yang boleh dikembangkan iaitu sektor makanan dan minuman serta perabot khususnya industri kecil dan sederhana (IKS)




















[ISU BANJIR] LEBIH RM300 JUTA PERUNTUKAN DIPERLUKAN - JAINAB


KOTA KINABALU : Dianggarkan lebih RM300 juta diperlukan untuk mengatasi masalah banjir di Sabah khususnya di Sepanggar, Penampang dan Putatan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.
Beliau berkata sebanyak RM100 juta diperlukan bagi proses membesarkan sungai secara berperingkat di Kampung Rampaian dan Kampung Mansiang di Sepanggar dan lebih RM200 juta bagi membesarkan Sungai Moyog di Penampang dan sungai di Putatan.
“Untuk tempoh jangka masa pendek, kita memerlukan hampir RM40 juta untuk menyelesaikan masalah banjir di pantai barat termasuk Penampang. Ia tidak termasuk kawasan Tuaran dan Kota Belud,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesejahteraan Keluarga bersama Persatuan Ibu Tunggal di Dewan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah, dekat sini hari Sabtu.
Jainab yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sepanggar menggesa kontraktor yang terlibat dalam projek pembangunan khususnya jalan raya di Sabah menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu penduduk di kawasan yang dilanda banjir.
“Saya merayu kepada kontraktor yang terlibat dan membuat projek-projek pembangunan seperti di Kampung Gudon, Sepanggar supaya tampil untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan,” katanya.
Katanya, walaupun bencana alam seperti banjir adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi ia juga berlaku disebabkan “tangan-tangan manusia” yang menjalankan pembangunan di kawasan berkenaan.
Terdahulu ketika berucap, Jainab berkata kementeriannya berperanan untuk menjelaskan beberapa isu berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) kepada rakyat agar mereka faham tentang isu itu.
Menurutnya, kerajaan akan memastikan CBP tidak membebankan rakyat berikutan kebanyakan perkhidmatan asas dan barang keperluan dikecualikan cukai itu.

[ISU BANJIR] KETUA MENTERI MELAWAT KAWASAN TERJEJAS DI SEPANGGAR & PENAMPANG

Ketua Menteri Sabah, DSP Musa Aman melawat ke kawasan yang terjejas akibat banjir disebabkan hujan lebat tanpa henti dari minggu lalu. 






Kredit Gambar : Facebook Ketua Menteri Sabah, Musa Aman


KK: Harap adanya peruntukan lebih untuk menangani isu banjir ini daripada berulang lagi. Syabas diucapkan atas keprihatinan Datuk!


LEBUHRAYA PAN BORNEO DIJANGKA SIAP 2025


KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya akan memastikan setiap projek sambungan dan baharu seperti yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2015 semalam, dilaksanakan sebaiknya.
Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata ia bagi memenuhi keperluan rakyat serta aspirasi kerajaan untuk menyediakan kemudahan terbaik untuk mereka.
"Kementerian sudah mengatur strategi dan akan melaksanakan kaedah pelaksanaan baharu seperti diputuskan Unit Perancang Ekonomi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat semalam memperuntukkan RM5.95 bilion kepada Kementerian Kerja Raya, kebanyakannya untuk projek sambungan selain projek baharu.
Fadillah menarik perhatian bahawa pelaksanaan empat projek lebuh raya tahun depan diyakini akan menyumbang ke arah usaha merancakkan pelaburan awam dan swasta.
Ia merangkumi pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) sepanjang 59 kilometer (km) dengan kos RM5.3 bilion, Lebuhraya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (WCE)(276 km/RM5 bilion), Lebuhraya Damansara Shah Alam (DASH)(47 km/RM4.2 bilion) dan Lebuhraya Lingkaran Luar-Hubungan Timur (EKVE)(36 km/RM1.6 bilion).
Fadillah berkata, peruntukan besar RM27 bilion untuk pelaksanaan Jalan Pan Borneo sepanjang 1,663 km di Sarawak dan Sabah membuktikan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur untuk rakyat di negeri berkenaan.

KK: Moga perancangan itu berjalan dengan lancar demi pembangunan Sabah. Amin.