[ISU BORNEO] MENTERI SYOR SAMBUT MERDEKA TANPA SEBUT ULANG TAHUN


Rentetan isu Sabah Sarawak keluar Malaysia yang kini ligat dimainkan di media sosial, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengeluarkan kenyataan cadangan melalui pandangan beliau tentang isu panas ini.

Beliau yang merupakan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia bercakap dalam sidang media di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini menyatakan bahawa mulai tahun hadapan, Malaysia berkemungkinan akan menyambut Hari Kemerdekaan tanpa menyebut bilangan ulang tahunnya.

Cadangan ini telah dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan agar rakyat Sabah dan Sarawak tidak berasa tersisih jika bilangan ulang tahun itu dinyatakan.

"Misalnya (sambutan Hari Kemerdekaan) tahun yang ke-57, orang Sarawak akan kata (sambutan) itu tidak kena mengena dengan kami. Kami merdeka bersama dengan Malaysia pada tahun 1963 (dan sambutan) itu tidak relevan," katanya.

Post a Comment