UMNO: Najib tegaskan kepentingan solidariti rakyat

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, menyampaikan ucapan dasarnya di hadapan 2,752 perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno 2014, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Antara topik pengenalan yang disampaikan Najib dalam ucapannya itu ialah mengenai solidariti.
Beliau menyentuh mengenai insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina pada Februari 2013, tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lepas dan tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lepas.
Beliau berkata, semua tragedi itu telah membawa rakyat di negara ini bersatu untuk menghadapinya dengan tabah dan beliau menyifatkan ia "Inilah lambang Solidariti."
"Rakyat Malaysia secara keseluruhan menunjukkan semangat muafakat yang cukup luar biasa. Khususnya pada hari berkabung. Kita ingin semangat persatuan ini diteruskan sampai bila-bila. Inilah lambang perpaduan yang dinamakan Solidariti," katanya yang menyebut perkataan 'solidariti' itu beberapa kali.
- BERNAMA

Post a Comment