Apakah Arab Spring akan berlaku di Malaysia.. ?

Apakah Arab Spring akan berlaku di Malaysia.. ?






Apabila Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan telah menyatakan bahawa Arab Spring bolehberlaku didalam ceramah beliau baru-baru ini, Ianya merupakan salah satu daripada agenda inisiatif Jabatan negara US .

Arab spring itu sendiri merupakan merupakan sebahagian daripada inisiatif BMENA (Broader Middle East -North Africa ) yang yang menurut Jabatan Negara US ( State Department ) merupakan agenda untuk penyatuan kepada Tanah arab dan Kumpulan 8 negara (G8) Utara Afrika.
http://bmena.state.gov/ - (Laman web Jabatan Negara US)

Pada tahun 2005, 
Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Pengerusi Foundation for the future , dan telah memperolehi dana sebanyak USD 56 million (RM 175 Juta pada ketika itu ) dari pelbagai sumber, terutamanya dari Jabatan Negara US .
http://2005-2009-bmena.state.gov/c16716.htm -
(Laman web keterangan Jabatan negara US berkenaan Foundation For the Future)

Namun begitu, Pada julai 2011, telah gempar di US ketika Salah laku Kewangan yang melibatkan 
Paul Wolfowitz (Bekas Gabenor Bank Dunia) dan teman wanitanya Shaha Riza Seorang Muslim, yang melibatkan pengurusan kewangan di Foundation for Future ketika usaha yayasan tersebut untuk membentuk gerakan hak asasi manusia, Hak wanita di tempat kerja dan hak hak sivil ketika menggulingkan kerajaan Saddam Hussein Iraq.
http://www.whistleblower.org/storage/document/FoundationfortheFuture.pdf

Daripada penyelewengan yang dibuat oleh Wolfowitz tersebut , Sehingga kini, Tiada pihak yang didakwa di US , samaada Wolfowitz mahupun Shaha Riza , Ataupun Anwar Ibrahim yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Pengerusi Foundation For the Future.

Jadinya, apakah tidak mustahil Arab Spring akan berlaku di Malaysia apabila pendukung utama Agenda BMENA berada di Malaysia?

Apakah masih lagi mencari kepastian ?

Mungkin gambar ini akan mengesahkan kejadian yang telah berlaku. Jangan Takut, Passport Anwar masih berada ditangannya ........ Tidak seperti Jam omega!


Sumber : http://pejuangbangsa31.blogspot.com/2013/03/apakah-arab-spring-akan-berlaku-di.html

Negara Perlu Ramai Rakyat Berkemahiran



NEGARA PERLU RAMAI RAKYAT BERKEMAHIRAN


KINABATANGAN : Negara memerlukan lebih ramai rakyat berpendidikan dan berkemahiran meliputi pelbagai aspek dalam mencapai hasrat Negara maju menjelang 2020.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut, Masiung Banah berkata kerajaan juga menitikberatkan kelangsungan pendidikan di kalangan lepasan pelajar sekolah agar usaha mendokong rakyat berkemahiran tidak terhenti selepas tamat alam persekolahan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pameran Kerjaya Anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kinabatangan di Dewan Sri Lamag di Kinabatangan.

Beliau turut menyeru agar pelajar luar bandar merebut peluang pendidikan dan kemahiran yang disediakan kerajaan.

Katanya, inisiatif itu selari dengan arus pembangunan masa kini di mana Negara masih memerlukan lebih ramai rakyat yang berkemahiran bagi mengisi peluang pekerjaan yang semakin bertambah.

Lebih 300 pelajar dari beberapa sekolah menengah di Kinabatangan hadir di pameran itu yang turut disertai Institut Latihan Perindustrian Sandakan, Cosmopoint, Masterskill, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Universiti Teknologi Mara.




- Utusan Borneo , 23 Mac 2013 -

[PANAS !!!] MALAYSIA BAKAL MENJADI NEGARA REPUBLIK JIKA PAKATAN MENANG?






Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Mohamed Razali Rahman (bekas orang kuat Lim Guan Eng) melalui rakaman visual yang didedahkan hari ini, inilah ringkasan yang sempat admin buat :- 



1) DAP tubuhkan ‘Jawatankuasa Sulit’ seramai 17 orang wakil terdiri daripada 15 orang (cina), 1 orang (india) dan 1 orang (melayu) di bawah Ketua Pakar Strategi DAP, Tony Phua. 

2) Dilatih oleh Israel (di bawah MOSSAD) selama 3 tahun dengan pelbagai ideologi termasuk ideologi ‘Malaysian Malaysian’ dan ‘Zionis’. Mengamalkan prinsip parti adalah segala-galanya, agama diketepikan.

3) Wakil melayu ini tidak dibenarkan muncul di khalayak ramai untuk menutup rahsia perancangan DAP.

4) Mempergunakan wakil melayu ini untuk merancang bagaimana hendak mengusir orang melayu dari Pulau Pinang. Contohnya isu Kampung Buah Pala, isu Pokok Asam di Jelutong, isu pelupusan tapak masjid Bayan Mutiara di Balik Pulau.

5) Perlantikan Kontraktor bagi Projek Bayan Mutiara tidak dibuat melalui kaedah Tender Terbuka tapi Tender Pilihan (Selected Tender).

6) Merampas tanah-tanah milik orang melayu yang tidak menyokong Pakatan Rakyat

7) Meroboh kedai-kedai milik orang melayu yang tidak menyokong Pakatan Rakyat

8) Premis-premis milik penyokong DAP/PR dibiarkan berniaga di tepi jalanraya malah sampai sanggup menutup jalan yang terlibat demi member ruang kepada mereka untuk berniaga.

9) Membawa masuk paderi-paderi Kristian ke Malaysia. Tujuan untuk mengkristiankan orang melayu khususnya. Setiap minggu sekurang-kurangnya paderi dapat mengkristiankan seramai 2 orang melayu.

10) Menghasut suku kaum di Sarawak termasuk orang-orang melayu untuk membenci Kerajaan BN.

11) Mengamalkan politik wang dalam pilihanraya di Sarawak dengan membayar RM5,000.00 setiap seorang petugas DAP.

12) Bekerjasama dengan paderi2 Kristian dari luar dan dalam negara untuk merancang strategi untuk mengkristian orang-orang Melayu. Merancang untuk mengkristian Melayu dalam tempoh 10 tahun. 

13) Paderi2 Kristian Berjanji akan menjadikan neraga kita sebagai agana Kristian dalam masa 10 tahun.

14) Israel menyalurkan dana kepada Pakatan Rakyat sebanyak $300 juta USD untuk kempen PRU13.

15) Lim Guan Eng pandai berlakon, depan rakyat dia tunjuk watak baik tapi di belakang dia tunjuk watak gangster. Lim Guan Eng ada satu kumpulan gangster yang cukup jahat di Pulau Pinang yang menjaga keselamatan beliau.

16) Pemimpin PAS Mat Sabu menyogok RM1 juta untuk memaksa Razali Rahman menarik balik laporan polis yang telah dibuat berkenaan salah laku DAP. Diarah berpindah ke Melbourne, Australia.

17) Razali Rahman diminta menarik balik laporan polis dan minta muenuduh UMNO yang suruh buat laporan polis.

18) 90% pemimpin DAP adalah beragama Kristian termasuklah Lim Guan Eng @ Joseph Lim Guan Eng

19) Ingin jadikan Malaysia sebuah Negara Republik seperti Singapura

20) Berjanji akan pastikan jawatan Timbalan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah & Sarawak dipegang oleh kaum cina

21) Ingin hapuskan sistem raja berpelembagaan.

22) Selepas system beraja dihapuskan, mereka akan lantik presiden Malaysia yang pertama iaitu Anwar

23) Anwar akan jadi Presiden selama 2 tahun sahaja, selepas itu Anwar akan dilucutkan jawatan dengan menyabitkan beliau dengan kes penyalahgunaan kuasa, rasuah dan liwat.

24) Azan solat tidak akan dibenarkan (diharamkan) berkumandang atas alasan mengganggu orang awam.

25) Pertandingan tilawah Al-Quran akan diharamkan

26) PERKIDA & PERKASA akan diharamkan dan akan dilabelkan sebagai pertubuhan pengganas

27) Menggalakkan perkahwinan campur tanpa perlu menukar agama dengan ganjaran RM5,000.00 setiap pasangan (inilah teknik penghapusan kaum melayu secara halus)

28) Anak2 yang lahir walaupun dalam keluarga Islam tidak semestinya berstatus beragama Islam

29) Bahasa Inggeris akan jadi bahasa rasmi Negara

30) Bahasa kedua Negara adalah bahasa Mandarin

31) Mata pelajaran agama Islam akan dimansuhkan dari sukatan pelajaran Malaysia

32) Mata pelajaran agama Islam hanya boleh diajar di sekolah jika orang Islam bersetuju untuk subjek agama Kristian, Hindu & Budha juga diajar di sekolah.

33) Chin Peng akan dibawa balik ke Malaysia

34) MARA akan dibubarkan

35) Syarikat-syarikat GLC akan dimonopoli oleh orang-orang cina

36) Lim Guan Eng kata nilai seorang melayu cuma RM100.00 sahaja sebab mudah dibeli.

37) Lagu Negaraku akan diubahsuai.

38) Rejimen Askar Melayu Diraja akan ditukar kepada Rejimen Askar Malaysia

39) DAP paling benci 3 perkara iaitu, ISLAM, MELAYU & RAJA

40) Jawatan Panglima Angkatan Tentera & Ketua Polis Negara akan dijawat oleh orang cina

41) Kakitangan Kerajaan terutama di Jabatan Pendidikan akan dikurangkan terutama yang berbangsa melayu.

42) KEMAS akan ditutup

43) Dua hari dalam Hari Raya Krismas adalah cuti wajib diambil oleh semua rakyat. 

[ISU LAHAD DATU] KAGAT BANTU TANGANI KEJADIAN MISTERI DI LAHAD DATU !!


KAGAT BANTU TANGANI KEJADIAN MISTERI DI LAHAD DATU!!! 


Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di barisan hadapan 'Op Daulat'.

Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak.

Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang.

Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan musuh-musuh berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu) menggunakan ilmu syaitan.

Menuruh sumber, usaha gempur pengganas Sulu dalam 'Op Daulat' sebenarnya amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan kepercayaan karut itu.

"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya.

Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat persembunyian musuh.

Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai mereka.

"Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan berbangsa Suluk yang hanya ingin dikenali sebagi Pak Amril berkata, antara tangkal yang dipakai pengganas Sulu tersebut dikenali 'al-Quran Istanbul' yang kononnya akan membuatkan seseorang menjadi kebal.


Namun demikian, anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa menasihati anggota keselamatan untuk berhadapan dengan situasi itu.

Anggota keselamatan sentiasa dinasihatkan untuk memohon pertolongan Allah sebelum memasuki kawasan operasi untuk memburu pengganas Sulu.


Rakyat Sabah Diingat Pilih Kerajaan BN Kerana Sudah Teruji



BEAUFORT, 21 Mac (Bernama) - Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Azizah Mohd Dun mengingatkan rakyat Sabah supaya memilih kerajaan yang teruji dan terbukti mampu membawa pembangunan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata dalam hal ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod cemerlang, termasuk pembangunan yang dilaksana di bawah program transformasi.

"Selain itu, parti komponen dalam BN mempunyai ikatan persefahaman yang kukuh sekali gus membantu mengekalkan perpaduan di negara ini.


"Jelas sekali, hanya gandingan pemimpin yang mempunyai persefahaman yang kukuh akan dapat memastikan kesejahteraan negara ini tidak tergugat," katanya ketika berucap pada program Jelajah Salam Sayang di Kampung Luagan semalam.

Azizah berkata sebaliknya, parti pembangkang tidak sefahaman, "jadi bagaimana mereka dapat mentadbir negara ini dengan baik".


"Kita khuatir akan berlaku kacau-bilau dan kesejahteraan negara akan tergugat kalau mereka memerintah," katanya.

Justeru, beliau meminta rakyat menolak pembangkang yang hanya pandai menabur janji kosong untuk meraih sokongan rakyat.

"Kerajaan BN kita sayangkan rakyat. Kita tidak mahu rakyat berpecah-belah. Kerajaan BN sentiasa berusaha memastikan rakyat terus hidup dalam keadaan aman," katanya.

Azizah, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Klias, berkata kerajaan BN akan meneruskan usaha terbaik bagi memenuhi keperluan semua rakyat tanpa mengira kaum dan kepercayaan.

"Tolak pembangkang, pilihan terbaik untuk kita ialah terus memberi sokongan kepada kerajaan BN kerana sudah terbukti hanya BN yang mampu memberi kebaikan kepada rakyat sejak sekian lama," katanya sambil membidas pelbagai tohmahan yang dilempar pembangkang terhadap kerajaan dan pemimpin BN. - BERNAMA

[VIDEO] KRISIS AIR DI SELANGOR



KK : Terbaik !

Terkini !! Media Filipina Sengaja Tuduh Anggota Keselamatan Malaysia Zalim

Kerajaan Filipina mungkin berhak menghantar pasukan tenteranya ke Sabah untuk menjaga keselamatan rakyatnya yang didakwa didera dalam operasi keselamatan Malaysia di sana, menurut seorang senator Filipina hari ini.

Penyiar berita ABS-CBN dari Filipina melaporkan dalam lamannya semalam Senator Miriam Defensor-Santiago berkata pasukan tentera adalah dibenarkan untuk menyelamatkan rakyat mereka jika Malaysia tidak dapat menjamin keselamatan mereka walaupun undang-undang antarabangsa menghalang penggunaan tentera tersebut.

“Selagi boleh, kami mahu elak menggunakan tentera,” kata Santiago yang dipetik oleh ABS-CBN semalam.

“Tetapi jika ini sikap Malaysia... maka kita hendaklah mendapatkan pengecualian,” kata bekas pengerusi jawatankuasa hal ehwal luar Senat Filipina itu, sambil menegaskan penggunaan tentera adalah jalan terakhir yang akan diambil Filipina.

Santiago juga mengecam Malaysia kerana menggunakan jet pejuang dan serangan udara untuk menghalau penceroboh Sulu di Lahad Datu pada minggu lepas dengan berkata: “Ia seperti menggunakan peluru berpandu Scud untuk membunuh lalat.”

Laporan juga mendakwa ekoran tindakan oleh pasukan keselamatan Malaysia yang menyerang penceroboh Sulu serta beberapa penganiayaan keatas warga Filipina juga mencetuskan rasa takut mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan konflik tersebut.

Walaubagaimanapun tiada sebarang bukti pelanggaran hak asasi manusia seperti dilapor media Filipina dibekalkan, serta Putrajaya juga mendakwa tuduhan tersebut sebagai “palsu”.

Rabu lepas, Presiden Filipina Benigno Aquino III dilaporkan mengarahkan pegawai rasmi kerajaannya untuk menghantar bekalan makanan dan memulakan bantuan kemanusiaan kepada warga Filipina ― termasuk pendatang haram yang masuk mencari pekerja ― yang mana ratusan mereka telah pulang semula republik tersebut sejak Jumaat lalu.

Media Filipina melaporkan tuduhan terhadap penderaan dan pembunuhan sewenang-wenangnya semasa serbuan oleh pasukan keselamatan Malaysia semasa mencari saki baki penceroboh serta keatas mereka yang bersimpati terhadap kumpulan Sulu tersebut yang mendarat di Lahad Datu sejak bulan lepas.

Laporan The Philippine Daily Inquirer Selasa lalu mengatakan warga Filipina telah didakwa ditembak oleh polis di Sandakan selepas diarah berlari sepantas mungkin sebelum.

Ketika ini, ramai pemimpin Filipina mendesak pentadbiran Aquino untuk memfailkan aduan kepada Putrajaya atas tuduhan penderaan warga Filipina yang didedahkan semasa pulang ke negara tersebut sejak konflik berdarah tersebut berlaku.

Bantilan Esmail II, abang kepada “Sultan” Sulu Jamalul Kiram III, dilaporkan oleh Philippine Daily Inquirer pada Selasa lalu berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia telah didakwa melayan buruk warga Filipina di Sabah sejak sebelum berlaku pencerobohan itu lagi.

UMNO Nafi Terlibat Dalam Video Aksi Songsang Anwar


Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel.

Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. dan kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain.

"Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur segalanya.

"Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar The Star hari ini yang menafikan individu dalam video itu adalah dirinya sambil mendakwa ia perbuatan Umno.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh menilai sendiri siapa tokoh politik yang didakwa dalam video itu.

"Tengok sendiri dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok dulu...kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri," katanya.

Sementara itu, Ahmad menyeru semua anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) agar menanam keyakinan bahawa parti itu mampu mencapai kemenangan serta memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, keyakinan itu harus disandarkan pada kejayaan program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini.

Malah, katanya, pembangkang tidak mempunyai sebarang kekuatan kerana gagal melaksanakan janji selain mempunyai pemimpin yang didakwanya terlibat dalam pelbagai skandal. - Bernama

SOSMA = ISA ???


Apa Itu Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA)?

Penahanan 104 orang yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan di Lahad Datu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) ini membuktikan bahawa pasukan keselamatan kita sentiasa memantau sebarang bentuk gerakan yang ada kaitannya dengan aktiviti keganasan.

Mereka yang ditahan itu disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas Sulu. Baru2 ini juga seorang daripada pengganas yg terlibat dengan JI ditahan itu adalah bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat (49).

Yazid dan seorang lagi yang didakwa bersubahat dengannya, Halimah Hussein (52) telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Ampang. Yazid dituduh di bawah Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan, manakala Halimah dituduh di bawah pertuduhan yang sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama.

Kesalahan di bawah seksyen 130G(a) kanun terbabit sudah digolongkan sebagai kesalahan keselamatan di bawah SOSMA (Security Offences Special Measure Act 2012). Oleh sebab mereka ditahan di bawah SOSMA maka pihak pendakwa telah memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam berdasarkan peruntukan Seksyen 117A(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Semua individu yang ditahan di Lahad Datu itu merupakan kes awal bagi pelaksanaan dan penguatkuasaan SOSMA. Akta baru ini adalah akta yang menggantikan ISA yang telah dimansuhkan kerajaan pada 2011. Sebagai gantinya, pada 16 April 2012 perdana menteri telah membentangkan rang undang-undang terbabit di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama. Pada 17 April 2012 Rang Undang-Undang terbabit diluluskan tanpa sebarang pindaan serta diluluskan juga untuk bacaan kali ketiga.

Seperti juga ISA, SOSMA digubal berdasarkan peruntukan 149 Perlembagaan Persekutuan. Tujuan akta terbabit diperkenalkan adalah untuk mengenal pasti serta membanteras aktiviti pengganas, pengintipan dan ancaman terhadap keselamatan negara.

Kuasa mutlak polis

Akta ini memberi kuasa mutlak kepada polis untuk mengumpul bahan bukti serta memintas atau gangguan maklumat komunikasi tanpa waran mahkamah. Dalam prosedur penahanan, pihak berkuasa diberikan tempoh 28 hari untuk menahan seorang suspek bagi tujuan siasatan. Selepas tempoh itu suspek hendaklah di bawa ke mahkamah di mana suspek boleh didakwa atau dibebaskan.

Semua pendakwaan di bawah SOSMA mestilah dibawa ke Mahkamah Tinggi. Mereka yang didakwa akan diberikan pengadilan sewajarnya di mahkamah. Malah, individu yang ditahan di bawah SOSMA boleh mencabar penahanan mereka di mahkamah. Tahanan boleh memfailkan writ habeas corpus ke atas sebab dan tujuan penahanan mereka.

Jelaslah, bahawa di bawah penguatkuasaan akta baru itu, kuasa untuk membuat semakan kehakiman ke atas sebab penahanan dan perbicaraan mesti dibuat di mahkamah, berbanding ISA yang kuasanya hanya ada pada menteri berkaitan. Malah, SOSMA lebih adil berbanding undang-undang cegah keganasan yang diperkenalkan Amerika Syarikat yang membenarkan penahanan tanpa bicara di Guantanamo Bay, sehingga 10 tahun.

Akta ini juga menyatakan secara khusus bahawa tiada siapa akan ditahan kerana fahaman politik. Untuk memastikan penguatkuasaan akta tersebut dilaksanakan seperti mana yang diperuntukkan maka satu jawatankuasa ditubuhkan bagi memantau pelaksanaannya dan membuat kajian berterusan ke atas akta baru itu, serta membuat pindaan sekiranya perlu. Justeru, timbul soal ia disalahgunakan oleh kerajaan.

Rakyat perlu faham bahawa dalam trend keganasan global hari ini, negara pada bila-bila masa boleh diancam oleh pengganas sama ada yang datang dari dalam mahupun dari luar atau kedua-dua sekali berpadu tenaga untuk menghancurkan negara. Justeru, satu bentuk undang-undang yang dapat mencegah dan membendung kejahatan kemanusiaan seperti ini amat diperlukan.

Rakyat juga perlu faham bahawa setiap kebebasan itu perlu berasaskan kepada konsep ‘hak berserta tanggungjawab’. Malah, dalam Artikel 29 (2) Piagam Sejagat mengenai hak asasi manusia ada menggariskan bahawa setiap orang hendaklah dikenakan had yang ditentukan oleh undang-undang bagi tujuan menegakkan dan mengiktiraf hak dan kebebasan orang lain. Ini bermakna hak kolektif tidak harus diketepikan.

Hakikatnya, negara masih memerlukan udang-undang berkaitan keselamatan negara, apatah lagi dunia hari berhadapan dengan ancaman bentuk baru, iaitu terrorism dan ekstremisme yang merentas sempadan. Bagaimana pun SOSMA adalah undang-undang yang dirangka dengan mengambil kira keseimbangan antara hak asasi dan kepentingan keselamatan negara.

Undang-undang ini amat diperlukan bagi mencegah dan mengawal sebarang aktiviti keganasan. Penguatkuasaan SOSMA itu bertujuan membendung aktiviti kegiatan seseorang atau kumpulan yang mahu mengguling atau melemahkan demokrasi berparlimen dengan cara keganasan dan tidak berlandaskan Perlembagaan.

#UPDATE LAHAD DATU - DALANG PENCEROBOHAN DIJUMPAI !



Kerajaan Filipina menemui beberapa bukti mengenai penglibatan tokoh pembangkang di negara itu yang dipercayai membiayai keluarga Jamalul Kiram III, pemimpin kumpulan pengganas yang bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin yang mengunjungi beliau di Putrajaya, semalam.

Ahmad Zahid berkata, Gazmin dalam pertemuan itu turut menyatakan komitmen Manila untuk melakukan apa sahaja bagi membantu Kuala Lumpur mengenal pasti dalang sama ada di Filipina, Malaysia atau pihak ketiga yang terlibat dalam pencerobohan tersebut.

“Beliau (Gazmin) menyatakan Filipina akan menggunakan segala jaringan maklumat termasuk perisikan untuk mengetahui siapakah dalang di belakang pencerobohan ini. Mereka juga sedang mengumpul bukti-bukti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Kem Rejimen Ketiga Artileri Diraja, Kamunting di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe; Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie dan Panglima Dua Briged, Brig. Jeneral Datuk Md. Dzahir Abd. Rashid.

Ahmad Zahid berkata, berdasarkan maklumat perisikan Filipina, aktiviti Jamalul Kiram III dibiayai pihak tertentu untuk kepentingan politik.

Menurutnya, dengan keadaan kesihatan dan ketidakmampuan dalam segi kewangan, ketua kumpulan pengganas itu tidak mungkin dapat menggerakkan bala tenteranya untuk melakukan pencerobohan bersenjata di Sabah.

“Persoalannya, siapa yang membiayai senjata, penghantaran dan pembelian aset lain sehingga mengizinkan pencerobohan militan di Sabah? Bukti-bukti sedang dikumpulkan termasuklah penglibatan anak Jamalul Kiram, Jacel yang cergas bergerak berulang-alik menggunakan jet peribadi.

“Kita diberitahu bahawa ada tokoh pembangkang di negara itu yang membiayai kos perjalanan itu. Ini dipercayai mempunyai kaitan dengan usaha pembangkang yang sedang bergerak cergas dengan menjadikan isu pencerobohan di Lahad Datu sebagai modal politik menjatuhkan kerajaan,” katanya.

Ditanya sama ada perbincangan dengan Gazmin ada menyentuh kemungkinan Jamalul Kiram III akan didakwa di Malaysia, Ahmad Zahid berkata, walaupun tiada perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara, beliau yakin, Manila akan bekerjasama memastikan pemimpin militan itu diheret ke muka pengadilan.

Pada masa sama, jelas beliau, Filipina akan mengambil tindakan undang-undang ke atas semua anggota pengganas Sulu termasuk 35 orang yang ditahan ketika cuba kembali ke Filipina dari Sabah semalam.

Portal berita Filipina, Inquirer News sebelum ini memetik sumber perisikan bahawa terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang pencerobohan Sabah sejak 12 Februari lalu yang akhirnya membawa kepada tragedi berdarah.

Pada 14 Februari lalu pula, agensi berita antarabangsa, Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata tersebut berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini. - Sumber